PROGRAM SIHAT TANPA AIDS UNTUK REMAJA 2024
Tahniah diucapkan kepada semua ahli Bulan Sabit Merah Malaysia cabang Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah berjaya menyertai Program Sihat Tanpa Aids Untuk Remaja selama 2 hari 1 malam. Untuk makluman saudara/i, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat (PKDHL) dengan Kerjasama strategik dari Pusat Kesihatan UKM (PKU) dan badan bukan kerajaan seperti, Persatuan Insaf Murni Malaysia dan Majlis AIDS Malaysia telah menganjurkan Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja Institusi Pengajian Tinggi (PROSTAR) di UKM pada 10 – 11 September 2024 (Selasa – Rabu) di Dewan Besar, Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia. Semoga penyertaan dari kalangan mahasiswa/i UKM inidapat membentuk masyarakat harmoni yang bebas dari stigma atau pemikiran yang buruk berkaitan pesakit HIV atau AIDS. Di samping, membangunkan generasi muda yang lebih berpengetahuan luas serta mempunyai sikap kepimpinan yang tinggi.