GIMIK PERASMIAN SEMPENA MINGGU APRESIASI WATAN SESI 2023/2024

Gimik Perasmian Daripada Wakil Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM Sempena Minggu Apresiasi Watan Sesi 23/24 telah dipersembahkan di hadapan VVIP Pengurusan Tertinggi Universiti Kebangsaan Malaysia di Kolej Dato’ Onn pada 30/10/2023 pada pukul 9.30 pagi. Tujuan persembahan ini adalah untuk menunjukkan kepentingan sebagai seorang ahli Bulan Sabit Merah Malaysia bukan sahaja merawat pesakit , tetapi mereka haruslah bertindak secara wajar dalam keadaan kecemasan. Persembahan ini turut menarik perhatian dan mendapat sambutan orang ramai kerana ianya dilakukan secara spontan tanpa sebarang pengumuman. Dalam lakonan ini turut disertai oleh beberapa ahli BSMM iaitu John , Syuhaada , Haikal , Asyiqin , Najwa , dan Haziem. Reaksi yang diberikan oleh pelakon-pelakon di rakaman ini turut membuatkan penonton merasa bimbang kerana mereka tidak menyangka bahawa ahli-ahli Bulan Sabit Merah Malaysia sedang membuat persembahan. Reaksi yang diberikan oleh penonton dapat kita lihat melalui persembahan yang telah dipersembahkan oleh ahli-ahli Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia menunjukkan semangat kesukarelawaan dan tanggungjawab BSMM dalam memberi pertolongan cemas semasa situasi kecemasan.

Berikut merupakan pautan video Gimik Perasmian sempena Minggu Apresiasi Watan sesi 2023/2024:

https://youtu.be/D77TXMamy9M