PERSEMBAHAN CPR DANCE DARIPADA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CUKM

CPR Dance merupakan satu tarian berkaitan CPR yang merupakan salah satu konsep terpenting dalam ilmu perubatan iaitu Cardiopulmonary Resuscitation (CPR). Tujuan CPR Dance ini adalah untuk menunjukkan langkah-langkah yang penting sebelum kita lakukan CPR terhadap pesakit. Namun, mesejnya disampaikan dalam bentuk tarian supaya menarik perhatian penonton. CPR Dance ini telah dipersembahkan di Pengurusan Tertinggi Universiti Kebangsaan Malaysia Sempena Minggu Apresiasi Watan Sesi 23/24 di Kolej Dato’ Onn. CPR Dance ini turut mendapat pujian Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu YBhg. Profesor Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman. Antara ahli-ahli Bulan Sabit Merah Malaysia yang terlibat dalam tarian ini ialah Asyiqin , John , Shamimi , Aina Zahirah , dan Syazliana.

Berikut merupakan pautan video persembahan CPR dance yang dapat dipertontonkan di Youtube:

https://youtu.be/uRQYOq4q6gc