MAJLIS HARI INTERAKSI BSMM DET88F KRK

Pada 19 Oktober yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Hari Interaksi BSMM Det88F Kolej Rahim Kajai yang bertempat di Dewan Konvensyen, Kolej Keris Mas.  Majlis Hari Interaksi ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran barisan OC BSMM Induk Cabang UKM, Ketua Eksekutif Kolej Rahim Kajai, MEP Kebajikan dan Keselamatan Kolej Rahim Kajai, Naib Pengerusi Biro Kebajikan dan Keselamatan Kolej Rahim Kajai dan Mantan Komandan BSMM Kolej Rahim Kajai sesi 22/23. 

 

Tidak lupa juga kepada Pengetua Kolej Rahim Kajai, Prof. Madya Dr. Razaleigh bin Muhamat @ Kawangit yang turut hadir bagi meraikan semua ahli baru BSMM Detachment Kolej Rahim Kajai dan merasmikan Majlis Hari Interaksi ini. Bukan itu sahaja, Komandan BSMM Det88F, saudari Mimha juga telah membentangkan takwim cadangan aktiviti tahunan dalam ucapan beliau. Seramai 73 orang termasuk pelajar, tetamu jemputan dan ahli jawatankuasa Kolej Rahim Kajai telah menghadiri majlis ini.

 

Tujuan Majlis Hari Interaksi ini dilaksanakan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara semua ahli BSMM Det88F Kolej Rahim Kajai serta memperkenalkan barisan Ahli Jawatankuasa BSMM Det88F Kolej Rahim Kajai Sesi 23/24. Demi mencapai objektif Majlis Hari Interaksi ini, ahli jawatankuasa telah menyediakan satu aktiviti iaitu permainan ‘musical chairs’ untuk para pelajar yang hadir. Akhir sekali, majlis ditamatkan dengan sesi bergambar bersama barisan tetamu, ahli jawatankuasa dan ahli – ahli baru BSMM Det88F Kolej Rahim Kajai.