HARI INTERAKSI BSMM DET88A KDO SESI 23/24

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Pada 26 Oktober 2023, Bulan Sabit Merah Malaysia Det88A Kolej Dato’ Onn telah menganjurkan Hari Interaksi Bulan Sabit Merah Malaysia Det88A Kolej Dato’ Onn yang bertempat di Bilik Eksklusif, Kolej Dato’ Onn pada pukul 8.30 malam sehingga 9.20 malam. Program ini dapat dijalankan dengan penuh lancar dengan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Encik Muhammad Nur Adib bin Abd Razak selaku Felo Penasihat Kelab BSMM, MEP Pemantau, Saudara Muhammad Khairul Fahmie bin Mohd Rosli, OC VAD Citraarieya A/P Som Chit, OC Det DET John Paragasam Lawrence, OC LAT Aishah binti Md Jazam dan juga OC KADET Nur Syuhaada binti Mohd Pauzi selaku BSMM induk. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kerana sudi turut menjayakan Program Hari Interaksi Sesi 2023/2024 bersama-sama ahli baharu BSMM Det88A.

Program ini juga diadakan khas bagi ahli kelab sahaja bertujuan untuk memperkenalkan Jawatankuasa BSMM dan mengeratkan lagi hubungan sesama ahli kelab melalui aktiviti-aktivi yang dijalankan sepanjang program. Antara aktiviti yang dijalankan adalah “Kapal Karam” dimana permainan ini disamping bertujuan mengeratkan hubungan antara ahli, ia juga menjadi pembelajaran kepada ahli bahawa dalam sesebuah organisasi pentinganya sikap saling hormat menghormati setiap pandangan yang dilontarkan oleh ahli  lain dan juga sentiasa berani dalam apa jua situasi. Akhir sekali, kami berharap semoga melalui program ini, semua ahli dapat saling mengenali dan menjadi ahli yang aktif dalam setiap program yang akan dilaksanakan.