MAJLIS HARI INTERAKSI BSMM DET88B KAB

Pada 16 November 2023 yang lepas, telah berlangsungnya Majlis Hari Interaksi BSMM Det88B Kolej Aminuddin Baki yang bertempat di Foyer Kolej Aminuddin Baki pada jam 8:30 malam. Majlis Hari Interaksi ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran barisan OC BSMM Induk Cabang UKM serta MEP Kebajikan dan Kerohanian Kolej Aminuddin Baki sesi 2023/2024.

 

Tidak lupa juga kepada Pengetua Kolej Aminuddin Baki, Prof. Dr. Mohamad Azwani Shah bin Mat Lazim yang turut hadir bagi meraikan semua ahli baru BSMM Detachment Kolej Aminuddin Baki dan merasmikan Majlis Hari Interaksi ini. Selain itu juga, Komandan BSMM Det88B, Nur Fareesha binti Ghafar turut membentangkan takwin cadangan aktiviti tahunan dalam ucapan beliau. Seramai lebih kurang 78 orang termasuk pelajar, tetamu jemputan dan ahli jawatankuasa Kolej Aminuddin Baki telah menghadiri majlis ini.

 

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memperkenalkan barisan Ahli Jawatankuasa BSMM dan mengeratkan lagi hubungan sesama ahli kelab BSMM Det 88B sesi 2023/2024. Akhir sekali, majlis ini ditamatkan dengan sesi bergambar bersama barisan tetamu jemputan, ahli jawatankuasa dan ahli baru BSMM Det88 Kolej Aminuddin Baki.