HARI INTERAKSI BSMM DET88H KKM SESI 2023/2024

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.

 

Pada 18 November 2023, BSMM DET88H Sesi 2023/2024 telah mengadakan Hari Interaksi bersama-sama ahli baru dan ahli sesi lepas BSMM DET88H di Bilik Seminar 1,Kolej Keris Mas pada pukul 8.30 malam hingga 11.00 malam. Seramai 64 orang ahli telah menyertai hari interaksi ini.Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Prof. Madya Dr. Hamidun Bunawan,Pengetua Kolej Keris Mas,turut dihadri Encik Muhd Fitri,Ketua Pentadbiran Kolej Keris Mas,Encik Mohamad Iqmal Bin Arbayin selaku Felo Penasihat Kelab BSMM, MEP Pemantau, Saudari Alya Batrisyia Binti Johan, OC VAD Citraarieya A/P Som Chit, OC Det DET John Paragasam Lawrence, OC LAT Aishah binti Md Jazam dan juga OC KADET Nur Syuhaada binti Mohd Pauzi selaku BSMM induk.Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kerana sudi turut menjayakan Program Hari Interaksi Sesi 2023/2024 bersama-sama ahli baharu BSMM DET88H.

 

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan Majlis Tertinggi BSMM DET88H kepada ahli baru serta mengeratkan hubungan antara ahli.Antara aktiviti yang dijalankan bagi merealisasikan objektif tersebut adalah ’Sinar Kegelapan’.Aktiviti ini mengajar ahli tentang kerjasama yang utuh amat penting dalam kumpulan.Kesemua ahli BSMM DET88H dapat mengenali antara satu sama lain dan menjalinkan lagi ukhwah antara mereka.Akhir sekali,kami berharap agar semua ahli dapat saling mengenali dan menikmati program ini dengan gembira.