DUTY PESTA TANGLUNG

Bulan Sabit Merah Malaysia, BSMM CUKM telah menghantar seramai tiga orang ahli BSMM iaitu Meisarah, Uranis Syazwani dan Nurin Fatini ke Majlis Pelancaran Pesta Tanglung UKM yang ke-44 yang bertempat di Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 11 Oktober 2023 bagi menjalankan tugas merawat pengunjung yang cedera. Mereka telah bertugas selama lima jam bermula dari jam 6.00 petang sehingga 11.00 malam. Penganjur majlis tersebut turut menyediakan elaun dan makanan kepada petugas bagi menanggung perbelanjaan pengangkutan dan kemudahan kepada mereka.