HARI INTERAKSI BSMM DET. 88L KPZ SESI 2023/2024

Pada 29 Oktober 2023, BSMM DET88L Sesi 23/24 telah menjalankan Hari Interaksi di Grand Hall, Kolej Pendeta Za’ba bermula pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Semasa hari interaksi ini, terdapat permainan seperti “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh” dan “Caterpillar” yang sangat menarik bagi mengeratkan hubungan antara ahli baharu BSMM DET88L. Program ini berjalan dengan lancar dan terima kasih diucapkan kepada saudari Kher Anis Awatif binti Khairul Anuar selaku MEP kebajikan KPZ, OC Det DET John Paragasam Lawrence, dan OC KADET Nur Syuhaada Binti Mohd Pauzi selaku BSMM induk serta semua ahli baru BSMM yang hadir  bagi menjayakan Program Hari Interaksi Sesi 2023/2024. Kami berharap semua ahli dapat saling mengenali menjadi ahli yang aktif dalam setiap program yang akan dilaksanakan.