KURSUS SUKEM

Kursus Persediaan SUKEM ini merupakan latihan untuk mempersiapkan ahli BSMM untuk bertugas semasa SUKEM. Pada 27 Oktober 2023, pada pukul 8.30 malam kursus dimulakan secara atas talian dengan menggunakan platform MS TEAMS. Topik pertama yang telah diajarkan oleh Dr Najid (Pegawai Perubatan PKU) berkenaan dengan Tidak Sedarkan Diri (Pengsan). Kemudian disambung dengan topik Luka dan Pendarahan oleh Dr Lubaina (Pegawai Perubatan PKU).Kursus pada hari pertama pada pukul 10.30 malam.

 

Pada 28 Oktober 2023, kursus bermula pada pukul 8.00 malam. Topik ketiga disambung oleh Dr Saiful (Pegawai Perubatan PKU) dengan topik Patah dan Terseliuh. Seterusnya, topik Strok Haba telah disambung oleh Dr Aqilah (Pegawai Perubatan PKU) dan kursus pada hari kedua tamat.

 

Pada hari ketiga 29 Oktober 2023, kursus dilanjutkan dengan sesi praktikal bersama mantan Naib Pengerusi Belia I Latihan, Rubanyah A/P Sedopathy pada pukul 9 pagi. Ahli BSMM diajar cara balutan dan pengusungan yang betul.