LATIHAN BSMM UNTUK PERSEDIAAN MAW

Satu Kursus penyediaan Minggu Apresiasi Watan (MAW) bagi sesi 23/24 telah dijalankan bagi ahli BSMM yang dilantik sebagai Pemudahcara MAW selama 3 hari mulai 25- 27 September di Bilik Mesyuarat PKU. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran pertolongan cemas asas ahli-ahli BSMM serta membuat persediaan awal sebelum menghadapi MAW yang akan berlangsung pada 30/9 sehingga 4/10/23. Pada 25 September, slot pertama telah dijalankan bersama dengan Dr Aqilah (Pegawai Perubatan PKU) iaitu berkenaan dengan “Heat-Related Injuries dan Serangan Sawan”. Seterusnya, slot disambung oleh Dr Lubaina (Pegawai Perubatan PKU) tentang “luka dan pendarahan”. Kursus diteruskan dengan topik “patah dan kecederaan tisu lembut” oleh Dr Saiful (Pegawai Perubatan PKU). Hari pertama kursus diakhiri dengan slot “CPR dan Choking ” bersama dengan Encik Fitri (Paramedik PKU).

Kemudian, pada hari kedua kursus, 26 September, slot bersama-sama dengan Puan Fatehah (Jururawat PKU) dan Dr Najid (Pegawai Perubatan PKU) dimulakan dengan topik “Peti Pertolongan Cemas dan Cara Penggunaan Ubat-ubatan”. Kemudian, slot diteruskan dengan topik “Terbakar dan Renjatan Elektrik” dan akhir sekali adalah slot bersama Encik Tuan Helmie (Paramedik PKU) dengan topik “Pengurusan Kes Kecemasan dan Pemindahan Mangsa”.

Seterusnya, pada 27 September iaitu hari terakhir kursus, slot praktikal balutan dan pengusungan telah ditunjukkan oleh saudara Yusuf (mantan Naib Pengerusi Belia I Latihan). Akhir sekali, kursus ditamatkan dengan slot CPR bersama dengan Encik Fitri.