MAJLIS HARI INTERAKSI INDUK

Pada 22 Oktober 2023, Hari Interaksi dan Majlis Pengenalan Organisasi Induk BSMM sesi 2023/2024 telah diadakan. Program ini telah dihadiri seramai 43 orang ahli BSMM yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa Induk BSMM dan 4 orang wakil daripada Majlis Tertinggi Detachment BSMM bagi setiap kolej di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di samping itu, barisan ahli Jawatankuasa Tertinggi BSMM juga turut hadir bagi memeriahkan lagi program. 

 

Program ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Varsiti Kita dan Bulan Sabit Merah Malaysia. Seterusnya disertai bacaan doa yang diketuai oleh Amer Shah dan ucapan daripada ketua program iaitu Nur Aina Syakirin. Kemudian, ucapan perasmian daripada Dr. Masdalina dan disertai dengan tayangan video pengenalan ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Induk serta video aktiviti sepanjang sesi 2022/2023. Di samping itu, pembentangan rancangan takwim daripada Cittraarieya berkaitan aktiviti yang akan dijalankan pada sesi 2023/2024. Akhir sekali, penyampaian cenderamata kepada Dr Masdalina dan sesi bergambar secara beramai-ramai.