MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BSMM CABANG UKM KE-37

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BSMM Cabang UKM kali ke-37 bagi sesi 2023/2024 telah diadakan pada 14 Mac 2024, Khamis bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. AGM ini telah dihadiri oleh wakil BSMM Ibu Pejabat Negeri Selangor, barisan Ahli Jawatankuasa Tinggi BSMM Cabang UKM serta Pengerusi Belia iaitu Cik Citraarieya. AGM ini diadakan bagi membentang laporan tahunan aktiviti BSMM Cabang UKM dan perbincangan masalah dan penambahbaikan pengurusan BSMM Cabang UKM.

AGM dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku, Varsiti kita dan Bulan Sabit Merah Malaysia. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan Pengerusi BSMM Cabang UKM sesi 2023/2024 iaitu Dr. Masdalina seterusnya ucapan dari wakil BSMM Ibu Pejabat Negeri Selangor. Majlis diteruskan dengan pengesahan minit mesyuarat AGM yang ke-36, pembentangan laporan aktiviti dan laporan kewangan BSMM Cabang UKM dan perbincangan perkara-perkara berbangkit.