PELANTIKAN PENASIHAT KEHORMAT BULAN SABIT MERAH (BSMM) CABANG UKM

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin, telah dilantik sebagai Penasihat Kehormat Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang UKM.
Sijil Pelantikan Penasihat Kehormat BSMM Cabang UKM disampaikan oleh Pengerusi BSMM Negeri Selangor, Tuan Nanthakumar A/L Rajasingam.
Majlis yang diadakan di Dataran Canselori turut dihadiri oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj Toriman; Pengarah BSMM Negeri Selangor; Tuan Palany A/L Murugayah dan Pengerusi BSMM Cabang UKM; Dr. Masdalina Azhari.
Majlis ini dimulakan dengan acara tabik hormat oleh Ketua Perbarisan ahli BSMM Cabang UKM dan disusuli dengan pemeriksaan perbarisan oleh Naib Canselor.
Naib Canselor merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah atas pelantikan sebagai Penasihat Kehormat BSMM Cabang UKM. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ibu Pejabat BSMM Negeri Selangor kerana telah memberi banyak panduan, bantuan dan kerjasama kepada ahli jawatankuasa Cabang UKM untuk mengemudi persatuan ini dengan baik.
Pengerusi BSMM Negeri Selangor dalam ucapannya telah memuji kewibawaan dan komitmen BSMM Cabang UKM yang sentiasa memberikan sokongan serta keterlibatan yang konsisten terhadap program-program anjuran BSMM perinkat negeri.
Semoga dengan kepimpinan dan bimbingan Penasihat Kehormat Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah, BSMM cabang UKM dapat mencapai prestasi yang gemilang dan memberikan faedah kepada masyarakat.
Antara lain yg hadir adalah Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa; Prof. Dr. Mohammad Kassim, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar & Alumni; Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil, Pendaftar; Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla, Pengarah Pusat Pembangunan Karier; Dr. Salleh Amat, Pengarah KESATRIA; Leftenan Kolonel Prof. Madya Mohd Jasmy Abd Rahman, Pengarah Pusat Jaringan dan Komuniti; Dr. Aida Hanim A. Hamid dan Prof Madya Dr. Oksana Afitska dari Lancaster University.