Perutusan Tuan R Nanthakumar, Pengerusi IPN BSMM Negeri Selangor Sempena Hari Palang Merah & Bulan Sabit Merah Sedunia 2024

 

Semua AJK BSMM, Negeri Selangor.

Semua AJK BSMM,
Daerah Daerah,
Cabang Cabang.

Semua Ahli Ahli BSMM,
Negeri Selangor.

Selamat Sejahtera,
Salam Kemanusiaan.

ICRC mengistiharkan 8 Mei sebagai Hari Palang Merah & Bulan Sabit Merah Sedunia sempena hari kelahiran Sir Henry Dunant, Pengasas Palang Merah pada 8 Mei 1829 di Geneva.

Tema Palang Merah & Bulan Sabit Merah Malaysia tahun 2024 ialah “I give with joy, and the joy I give is a reward”

Marilah kita menghayati dan merenung kembali jasa dan pengorbanan Sir Henry Dunant dalam usaha beliau menyemai nilai nilai kemanusiaan di persada dunia melalui Palang Merah di seluruh dunia.

Beliau sanggup mengorbankan masa, tenaga, keremajaan dan wang simpanan beliau semata mata untuk memartabatkan Palang Merah di seluruh dunia.

Sesungguhnya, usaha beliau seharusnya diteladani oleh semua ahli BSMM di Negeri Selangor.

Saya amat berharap semua ahli BSMM Negeri Selangor akan berusaha sekecil mana sekalipun untuk menjalankan aktiviti aktiviti kemanusiaan demi kesejahteraan kemanusiaan di seluruh pelusuk dunia, lebih lebih di dalam kalangan generasi belia yang baru menceburkan diri dalam dunia kemanusiaan.

Palang Merah & Bulan Sabit Merah merupakan organisasi kemanusiaan yang terbesar di dunia. Kita selaku ahli organisasi kemanusiaan yang terbesar di dunia sewajarnya memiliki hati dan jiwa yang sanggup berkorban dan berbakti demi khidmat khidmat kemanusiaan.

Akhir kata, Salam Hari Palang Merah & Bulan Sabit Merah Sedunia untuk semua ahli BSMM Negeri Selangor.

Sekian, terima kasih.

NANTHAKUMAR RAJASINGAM SMS, AMN, PJK, PKT, PSK, PJT, PPL
Pengerusi,
IPN Bulan Sabit Merah Malaysia,
Negeri Selangor.