Webinar Jom Derma Organ
Webinar Jom Derma Organ yang berlangsung pada hari Sabtu, 2 November 2024, dengan kerjasama Dr. Iqbal, Puan Masdalina dan BSMM UKM, telah berjaya menarik perhatian ramai peserta dari pelbagai lapisan masyarakat. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan derma organ dan bagaimana ia dapat memberi peluang kehidupan kedua kepada mereka yang memerlukan. Webinar ini diharapkan mampu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai penderma organ dan menyokong usaha murni ini demi kesejahteraan komuniti.