Preventive Maintenance sesi kedua bagi tahun 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

YBhg. Prof./ Dato’ Sri/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Preventive Maintenance (PM) sesi kedua bagi tahun 2016

Adalah dimaklumkan bahawa, pihak Jabatan Teknologi Maklumat akan menjalankan penyelenggaraan pencegahan (Preventive Maintenance) sesi kedua bagi tahun 2016 di jabatan YBhg Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan oleh kakitangan kontrak kami iaitu Syarikat Night Electronics (M) Sdn Bhd bermula 19 Julai sehingga 19 Oktober 2016.

Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik YBhg Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, untuk memberi kerjasama yang sewajarnya bagi kelancaran tugas mereka terutama yang melibatkan kerja-kerja yang dijalankan pada waktu malam.

Oleh yang demikian, pihak kami juga ingin memohon jasa baik YBhg. Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, untuk memaklumkan kepada kakitangan yang bertugas pada tarikh yang terlibat ini supaya berada di tempat masing-masing bagi memudahkan kakitangan syarikat ini menjalankan tugas mereka. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 5300/5301.

Bersama-sama ini juga dilampirkan Jadual Aktiviti Preventive Maintenance 2/2016 oleh syarikat berkenaan berserta tarikh dan lokasi sebagai rujukan dan semakan pihak YBhg Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan. Jadual ini juga boleh didapati di laman web rasmi jabatan iaitu http://jtm.ppukm.ukm.my.

Kerjasama daripada pihak Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Jabatan Teknologi Maklumat
Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Pusat Perubatan UKM

Muat Turun Jadual PM 2-2016 new