PEMAKLUMAN PEMASANGAN PERISIAN ANTIVIRUS BITDEFENDER DI KAMPUS KUALA LUMPUR CHERAS
Assalamualaikum
YBhg Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
PEMAKLUMAN PEMASANGAN PERISIAN ANTIVIRUS BITDEFENDER DI KAMPUS KUALA LUMPUR CHERAS
Adalah dimaklumkan bahawa, kerja-kerja instalasi perisian antivirus baru ini telah bermula pada 29 Januari 2020 oleh kakitangan Bahagian Teknologi Maklumat bagi menggantikan perisian antivirus yang lama. Pemasangan perisian antivirus ini telah dijalankan secara berperingkat pada setiap komputer yang telah berdaftar dalam aset universiti dan ianya telah dilaksanakan pada 1800 buah komputer , termasuk komputer riba.
Sehubungan dengan itu, dimohon jasa baik YBhg Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, untuk memastikan komputer dan komputer riba telah dipasang dengan perisian antivirus Bitdefender tersebut. Sekiranya masih belum dipasang mohon YBhg Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk buat permohonan menerusi capaian https://aduanit.ppukm.ukm.my atau hubungi Unit Perkhidmatan Helpdesk kami di talian 5300/5301.
Segala kerjasama dari YBhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai.
Sekian,terima kasih.