Biro-Biro & Fungsi
Exco & Fungsi
Senarai Tugas Exco – Exco Kelab Sukan Dan Kebajikan Teknologi Maklumat
A. Exco Sukan
- Menganjurkan segala aktiviti sukan bagi semua ahli KSKTM.
- Mengadakan perlawanan persahabatan segala aktiviti sukan yang dirancang dengan organisasi lain.
- Mengadakan aktiviti indoor dan outdoor seperti E-sport dalaman bagi indoor dan badminton,mendaki serta larian bagi outdoor.
- Mengadakan aktiviti serta penganjuran berkaitan riadah dan kesihatan secara berkala.
B. Exco D’Pantry
- Menguruskan jamuan Majlis Sambutan Aidilfitri BTMKKL.
- Membantu persediaan Hari Keluarga serta hadiah Hari Keluarga BTMKKL.
- Menyediakan hadiah bagi sambutan ulangtahun kelahiran dan cenderamata bagi Mesyuarat Agong KSKTM.
- Mengadakan majlis perpisahan kakitangan atau pelajar praktikal yang menamatkan tugas.
- Membeli barangan keperluan pantry yang kehabisan stok berdasarkan jumlah yang diterima daripada EXCO penjanaan KSKTM & Vendor.
- Menganjurkan beberapa jamuan makan & potluckbagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan warga BTMKKL.
- Bekerjasama dengan EXCO Protokol dan Keraian bagi menjayakan sebarang aktiviti yang melibatkan jamuan.
C. Exco Media Sosial
- Menyediakan buletin semasa yang berkaitan aktiviti serta ahli KSKTM tidak kira di laman sesawang mahupun medium media sosial seperti di facebook dan instagram.
- Menyelaras segala infografik yang diperlukan bagi sesebuah aktiviti dan keperluan dari masa ke semasa.
- Membantu dalam menyediakan LIVE BROADCAST untuk sebarang acara yang dianjurkan oleh KSKTM.
- Mengemaskini informasi KSKTM pada laman sesawang BTM dan media sosial.
D. Exco Protokol & Keraian
- Menguruskan majlis sambutan ulangtahun kelahiran kakitangan sesi Januari – Mac, April – Jun dan sesi Julai – Disember.
- Sedia bekerjasama dengan kakitangan BTMKKL yang ingin mengadakan jamuan secara perseorangan mahupun secara berkongsi dengan menguruskan perjalanan majlis.
- Menyediakan cenderahati kepada ahli yang melangsungkan perkahwinan, menyambut cahaya mata pertama, kematian kakitangan atau ahli keluarga terdekat, meningggalkan perkhidmatan dan menerima musibah atau sakit.
- Menguruskan program majlis berbuka puasa, solat tarawih dan solat hajat.
- Menguruskan program ilmiah, ceramah atau tazkirah.
E. Exco Penjanaan
- Merancang segala perbelanjaan dan kemudahan yang diperlukan bagi segala aktiviti dan keperluan setiap ahli KSKTM melalui Bendari KSKTM
- Merancang segala aktiviti yang sesuai bagi penjanaan KSKTM untuk menzahirkan segala aktiviti yang akan dirancang oleh kelab
- Menyediakan laporan tahunan kewangan kelab (Bendahari KSKTM)
- Mengagihkan dan merancang perbelanjaan kepada setiap biro pada setiap bulan.