BORANG SOAL SELIDIK TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP KUALITI PRODUK DAN PERKHIDMATAN ICT BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT KAMPUS KUALA LUMPUR (BTMKKL)

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya, izinkan saya merujuk kepada perkara yang di atas.
Adalah dimaklumkan bahawa jabatan sedang menjalankan soal selidik kepuasan perkhidmatan bagi mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap perkhidmatan dan aktiviti kami. Maklum balas ini akan digunakan untuk tujuan meningkatkan prestasi dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan kami pada masa akan datang.

Sehubungan dengan itu, sukacita kami menjemput YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan untuk memberikan maklum balas terhadap soal selidik kepuasan perkhidmatan kami seperti di pautan berikut:

Sila klik URL di bawah untuk capaian borang kajian secara atas talian

esurveyhctm.ppukm.ukm.my

Selain itu, pihak kami juga ingin memohon jasa baik pihak YBhg. Prof. Ulung/Prof/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan agar dapat memanjangkan perkara ini kepada warga PTJ masing-masing.

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan terhadap perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum dan terima kasih

(Emel ini dijana daripada Sistem Kajian Kepuasan Pelanggan HCTM)

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
KAMPUS KUALA LUMPUR