MAKLUMAN PENAMATAN KONTRAK BANTUAN SOKONGAN PENGGUNA OUTSOURCE (SYARIKAT NE), JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ, PUSAT PERUBATAN UKM

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas .

Adalah dimaklumkan bahawa, perkhidmatan bantuan sokongan pengguna Outsource (Syarikat NE) pada keseluruhan di PPUKM akan berakhir pada 31 Oktober 2016. Oleh itu, semua kerja – kerja bantuan sokongan pengguna ICT akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Jabatan Teknologi Maklumat berdasarkan kapasiti kakitangan sedia ada.

Sehubungan itu, pihak YBhg.Prof/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi perkhidmatan Helpdesk Jabatan Teknologi Maklumat di talian 5300/5301 atau secara atas talian di https://aduanit.ppukm.ukm.my sekiranya terdapat sebarang aduan atau bantuan perkhidmatan. 

Oleh yang demikian, kerjasama daripada pihak YBhg.Prof/Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan perkara ini kepada kakitangan di bawah seliaan.

Segala kerjasama daripada pihak YBhg.Prof/Dato’/Datin/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Lampiran Pemakluman SERVICE LEVEL AGREEMENT new