Pencapaian Tahun 2022-2024
Berikut adalah senarai kejayaan dan inovasi Bahagian Teknologi Maklumat, Kampus Kuala Lumpur dalam memastikan penambahbaikan secara berterusan terhadap proses kerja dalam menjamin kualiti perkhidmatan
BIL | TAHUN | KATEGORI | PENCAPAIAN | TARIKH PENCAPAIAN |
1 | 2023 | Anugerah Bitara Rekayasa Prasarana (Kategori PTj/Kumpulan | Bahagian Teknologi Maklumat KKL yang menerima Anugerah Bitara Rekayasa Prasarana (Kategori PTj/Kumpulan) didalam Majlis Anugerah Bitara UKM 2023 (Penilaian 2022) pada 26 September 2023. Semoga dengan pengiktirafan ini akan menyuntik semangat dan mencetus inspirasi kepada semua warga BTMKKL untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang. | 26 September 2023 |
2 | 2022 | Pertandingan Pejabat Tercantik Sempena Hari Raya Aidilfitri Versi Tiktok | Pertandingan yang dijalankan pada 21 April – 13 Mei 2022 telah dimenangi oleh Bahagian Teknologi Maklumat KKL. Tahniah diucapkan kepada kakitangan yang telah turut serta menyertai pertandingan ini. Video tiktok tersebut boleh dilayari melalui pautan berikut: https://fb.watch/dCq5178C49/ | 31 Mei 2022 |
3 | 2022 | Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif ke-25 & Lean@UKM ke-3 | Kumpulan BEST daripada Bahagian Teknologi Maklumat KKL telah memenangi Naib Johan Konvensyen Lean Kali ke-3. Tahniah diucapkan kepada kakitangan yang telah turut serta menyertai pertandingan ini. | 15 Jun 2022 |
4 | 2022 | Minggu Kualiti HCTM -Anugerah Bitara Rakayasa Prasarana HCTM (Kategori PTJ Pentadbiran) | Bahagian Teknologi Maklumat KKL telah memenangi Anugerah Bitara Rakayasa Prasarana HCTM bagi kategori PTJ Pentadbiran. Tahniah diucapkan kepada semua warga BTMKKL atas kemenangan ini. | 17 Jun 2022 |