Soalan Lazim (FAQ)
Bil | Soalan | Jawapan |
1 | Bagaimana hendak mendapatkan semula kata laluan JTM Online sekiranya terlupa? |
|
2 | Bagaimana untuk mendapatkan ID Wifi di sekitar HCTM? | Pendaftaran ID Wifi melalui SSID Warga untuk mendapatkan akses ke rangkaian HCTM. Hanya kakitangan dan pelajar di HCTM sahaja dibenarkan untuk menggunakan akses capaian wifi. |
3 | Bagaimana untuk mendapatkan permohonan talian rangkaian di bangunan HCTM? | Pengguna boleh membuat permohonan di atas talian http://jtmonline.ppukm.ukm.my |
4 | Adakah pelajar layak memohon email HCTM? | Pendaftaran Emel HCTM hanya terbuka kepada kakitangan HCTM yang mempunyai No. Pekerja (UKMPer) sahaja. Pelajar boleh membuat permohonan emel di UKM Bangi secara atas talian https://appsmu.ukm.my/speep/ |
5 | Bagaimana hendak membuat permohonan emel PPUKM? | Kakitangan boleh membuat permohonan di atas talian melalui http://jtmonline.ppukm.ukm.my |
6 | Bagaimana hendak membuat emel kumpulan? | Kakitangan boleh membuat permohonan di atas talian melalui http://jtmonline.ppukm.ukm.my |
7 | Bagaimana untuk set semula kata laluan emel? | Hubungi talian hotline perkhidmatan Helpdesk BTM KKL di talian ext 5300/ 5301 dan nyatakan Nama Penuh dan UKMPer |
8 | Apakah tindakan saya jika hendak sekat emel yang diragui (report spam)? | 1) Masuk akaun emel 2) Tandakan (Mark) emel yang hendak disekat/ diragui. 3) Pada menu dashboard iaitu di sebelah atas inbox, klik ikon report spam |
9 | Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya ingin memohon ruang (server) penempatan sistem/data bagi keperluan penggunaan Kampus Kuala Lumpur? | Ketua Jabatan pemohon hendaklah mengajukan permohonan kepada Ketua Bahagian Teknologi Maklumat Kampus Kuala Lumpur melalui surat rasmi dan menyatakan justifikasi permohonan tersebut. |
10 | Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya ingin memohon bantuan khidmat pakar teknologi maklumat berkaitan pangkalan data sistem atau infrastruktur ICT bagi keperluan penggunaan Kampus Kuala Lumpur? | Ketua Jabatan pemohon hendaklah mengajukan permohonan kepada Ketua Bahagian Teknologi Maklumat Kampus Kuala Lumpur melalui surat rasmi dan menyatakan sebab keperluan/objektif atau tujuan. |
11 | Apakah nombor talian standby untuk dihubungi selepas waktu pejabat sekiranya pengguna ingin membuat aduan | 019-2934521 @ 019-2912583 |
12 | Apakah URL sistem aduan di Jabatan Teknologi Maklumat | https://aduanit.ppukm.ukm.my/ |
13 | Bolehkah pengguna membuat aduan sendiri melalui laman sesawang | Boleh, capai pautan tersebut : https://aduanit.ppukm.ukm.my/ |
Dikemaskini : 2024-02-15 10:20:15