Pejabat > Pejabat Timbalan Naib Canselor
Pejabat TNC Akademik dan Antarabangsa bertanggungjawab membantu merealisasikan hasrat UKM sebagai pusat ilmu terpilih dan bertaraf dunia. Dengan misi untuk mencapai kualiti pendidikan bertaraf dunia dan mengantarabangsakan UKM melalui perancangan strategik dan pelaksanaan berkesan di samping memupuk kerjasama dengan institusi luar negara melalui hubungan strategik dan jaringan akademik serta menjamin dan memantau kualiti aktiviti pengantarabangsaan UKM.
Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi bertangggungjawab menguruskan hal ehwal penyelidikan yang berperanan menggerakkan penyelidikan dan inovasi Universiti ke arah Universiti Penyelidikan Unggul.
Pejabat TNC Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pelajar dan alumni bagi melahirkan mahasiswa yang berkredibiliti tinggi.
Pejabat TNC Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat bertanggungjawab menguruskan hal ehwal jaringan kerjasama antara industri dan masyarakat luar dengan warga UKM.