Pejabat Naib Canselor

Pengenalan

Pejabat Canselori adalah pejabat pengurusan tertinggi dan utama di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ianya merupakan PTj yang penting bagi UKM kerana di sini ditempatkan pejabat-pejabat utama pengurusan Universiti seperti Pejabat Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Pejabat Naib Canselor serta Pejabat Timbalan-timbalan Naib Canselor.
Pejabat ini bertanggungjawab untuk memastikan halatuju, perancangan polisi dan pembangunan UKM selari dengan hasrat penubuhan UKM berpandukan kepada Misi, Visi dan Falsafah penubuhan UKM.

Misi

Meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan serta komited dalam melaksanakan penambahbaikan tadbir urus secara berterusan dan berkesan.

Visi

Melaksanakan sistem pentadbiran dan perkhidmatan yang profesional selaras dengan visi, misi dan matlamat Universiti.

Objektif PTj

  • Menyediakan perkhidmatan akademik, antarabangsa, penyelidikan, inovasi, hal-ehwal pelajar, alumni serta jaringan industri dan masyarakat agar penyampaian perkhidmatan memenuhi kepuasan pelanggan;
  • Merancang serta melaksanakan dasar dan tadbir urus yang berkesan dan cemerlang;
  • Memastikan perkhidmatan yang cekap dan berintegriti kepada warga Universiti serta pemegang taruh.