Dengan segala hormatnya, pihak kami dari Pejabat Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ingin memohon kerjasama YBhg. Prof./Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk meluangkan sedikit masa bagi melengkapkan soal selidik kepuasan pelanggan ini.
Soal selidik ini bertujuan untuk mengumpul maklumat yang amat bernilai sebagai input dalam usaha kami untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pengurusan di Pejabat Naib Canselor UKM. Segala maklumat yang diberikan akan digunakan secara profesional untuk tujuan penambahbaikan dan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik kepada semua pelanggan kami.
Kami amat menghargai sebarang komen atau cadangan tambahan yang boleh membantu kami mempertingkatkan lagi perkhidmatan, yang boleh dimuatkan dalam ruangan komen yang disediakan di akhir borang soal selidik tersebut.
Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh YBhg. Prof./Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan amat kami hargai. Terima kasih di atas sokongan berterusan dan kerjasama yang diberikan.