Warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) WAJIB mengemukakan permohonan kelulusan perjalanan ke bagi tujuan rasmi atau urusan persendirian.
Garis Panduan Permohonan Kelulusan Perjalanan Ke Luar Negara Atas Tugas Rasmi Pegawai di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diperakukan oleh MPU Bil. 1/2025 bertarikh 15 Januari 2025 dan telah diluluskan oleh Mesyuarat LPU Bil. 1/2025 bertarikh 16 Januari 2025. Ianya adalah selaras dengan arahan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bertarikh 23 Disember 2024 melalui Garis Panduan Permohonan Kelulusan Perjalanan Ke Luar Negara Atas Tugas Rasmi Pegawai Universiti Awam (UA), Badan Berkanun Persekutuan (BBP) Dan Syarikat Berhad Menurut Jaminan (CLBG) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) (Rujukan: KPT.400-2/1/5 JLD.4 (76)).
BIAYA DARIPADA SUMBER KERAJAAN:
KELULUSAN KSU, KPT
(Permohonan yang telah disokong oleh Naib Canselor perlu dikemukakan ke Sistem eOTR-UA KPT 30 hari sebelum tarikh dijangka berlepas)
BIAYA SELAIN DARIPADA SUMBER KERAJAAN:
KELULUSAN NAIB CANSELOR
Urusan bagi permohonan perjalanan ke luar negara atas urusan rasmi hendaklah dibuat dengan melengkapkan Sistem e-Mohon Aktiviti Rasmi UKM lapan (8) minggu sebelum tarikh jangkaan berlepas.
Permohonan lewat: Pemohon perlu mengemukakan surat justifkasi permohonan lewat berserta pembuktian dan diemelkan kepada Urusetia SPKLN untuk pengaktifan laluan khas.
Had bilangan Pegawai yang dibenarkan ke luar negara:
Had kekerapan perjalanan maksimum atas tugas rasmi ke luar negara dalam tempoh setahun adalah sebanyak lapan (8) kali.