Makmal Enjin Pembakaran Dalam
Dunia teknologi automotif berubah dengan pantas dan menghadapi tekanan yang besar dalam reka bentuk enjin dan kenderaan, kebolehan pengeluaran berkala dan daya saing kos. Di samping itu, dengan peningkatan bahan api berasaskan bahan api petroleum dan peraturan-peraturan yang ketat mengenai had pelepasan ekzos pada tahun-tahun kebelakangan ini telah meningkat minat dalam bahan api alternatif untuk enjin automotif seperti gas asli termampat (CNG), hidrogen, sel bahan api, bio-gas dan sebagainya. Semua kebimbangan ini adalah merupakan isu-isu global yang memerlukan perhatian serius, membuat penyelidikan enjin pembakaran dalam (ICE) sama penting dan relevan bagi memperkasakan penyelidikan multidisciplin dengan rangkaian terbaik bagi kedua-dua universiti tempatan/antarabangsa dan industri.
Secara umum, kajian kumpulan ICE memberi fokus kepada ujikaji enjin dan pembangunan, reka bentuk enjin dan bahan api alternatif. Penyelidikan enjin telah dijalankan dengan menggunakan Ujian Enjin Dinamometer yang ditempatkan di Makmal Mekanikal dan makmal Pusat Penyelidikan Automotif.
Kajian ini memberikan tumpuan kepada bagaimana untuk mengoptimumkan dan meningkatkan prestasi enjin dan mengurangkan pelepasan ekzos untuk persekitaran yang lebih sihat. Kumpulan ICE bersama-sama dengan CAR dan DRB Hicom telah berusaha untuk mengembangkan penyelidikan CNG melalui pengubahsuaian bas enjin diesel UKM kepada enjin CNG. Tujuan projek ini adalah untuk membangunkan teknologi hijau dan persekitaran hijau untuk dunia terutama di Kampus UKM.
Kumpulan ICE dan Komputeran juga telah berjaya membangunkan sistem penyuntik bahan api tekanan tinggi dan reka bentuk kepala silinder/omboh yang akan digunakan dalam enjin gas asil termampat suntikan terus (CNGDI). Enjin CNGDI adalah sistem di mana bahan api CNG disuntik secara terus melalui penyuntik ke dalam kebuk pembakaran pada tekanan suntikan yang tinggi (20 bar).
Sistem bahan api ini dikawal oleh unit kawalan elektronik (ECU) yang boleh mengatur dan masa suntikan bahan api secara tepat ke dalam silinder enjin bergantung kepada keperluan kuasa dan kelajuan. Ini adalah merupakan produk daripada Penyelidikan IRPA di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Produk penyelidikan ini membolehkan kereta dipandu dengan hanya menggunakan CNG dan penggunaan teknologi suntikan terus membolehkan kuasa dan prestasi menjadi setara dengan kereta yang menggunakan petrol. Kumpulan ICE juga bekerjasama dengan industri automotif untuk pemindahan teknologi enjin dan juga membentuk rangkaian penyelidikan antarabangsa dengan Universiti Kyoto (Jepun), Universiti Bridgefield (UK), Universiti Cranfield (UK), Kistler (Singapura), Lotus (UK), Syarikat Orbital Engine (Australia) dan lain-lain.