FKAB Kongsi Dapatan Kajian Isu Kenderaan Akhir Hayat bersama Pemegang Taruh
JARINGAN INDUSTRI KHIDMAT MASYARAKAT PENYELIDIKAN
PUTRAJAYA, 9 November 2022 – Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengadakan sesi perkongsian dapatan kajian mengenai Evaluation of Public Readiness for End-of-Life Vehicles (ELV) Implementation atau isu kereta terbiar dan usang bersama pemegang taruh utama. Sesi perkongsian penyelidikan rentas disiplin itu turut disertai oleh penyelidik dari Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan (FSSK) dan Fakulti Undang-Undang (FUU) serta beberapa agensi lain iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Pengangkutan, Kementerian Wilayah Persekutuan serta Pihak Berkuasa Tempatan Kajang, Klang dan Ampang. Baca selanjutnya…