Cabaran Eco Perodua (PEC)
Cabaran Eco Perodua 2009
20 Jun 2009
Litar Speedway Plus, Subang Jaya, Selangor
Tujuan acara ini adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan orang ramai bahawa tabiat memandu yang baik digabungkan dengan kenderaan cekap bahan api membawa kepada pelepasan ekzos yang lebih rendah, seterusnya mengurangkan kesan alam sekitar. Setiap universiti yang layak mengambil bahagian akan disumbangkan sebuah Perodua Myvi yang tidak berdaftar yang mana pelajar akan diberi peluang untuk mengubah suai bagi meningkatkan kecekapan bahan api untuk mencapai jarak yang paling jauh. Pasukan akan menunjukkan keupayaan kejuruteraan dan kemahiran pemanduan yang berkesan dalam perlumbaan. Sejumlah dana juga akan diberikan oleh Perodua bagi membantu universiti menampung sebahagian ubah suaian itu. Bahagian-bahagian pengubahsuaian adalah tertakluk dalam Ketetapan dan Peraturan Eco-Challenge. Terdapat juga gerai-gerai yang disediakan untuk universiti yang terlibat untuk memaparkan kerja-kerja pengubahsuaian yang dilakukan pada kereta mereka. Kehadiran semua pelajar yang tidak menyertai dan kakitangan dari universiti amat digalakkan untuk memberi sokongan moral di tempat perlumbaan.
Ahli Pasukan: Mohd Radzi Abu Mansor (Pengurus Pasukan), Dr. Taib Iskandar Mohamad, Prof. Ir. Dr. Yusoff Ali, Azli Ariffin, Dr. Mariyam Jameelah Ghazali, En. Abdul Saiyuti Arif Abdul Aziz, En. Mohd Saifulnazri Hussin, En. Mohd Nazari Dawan, En. Azhari Shamsudeen, En. Wan Aizon Wan Ghopa, Cindy Lora Sagan (Ketua Pasukan), Shahrul Azhar Mustaffa, Azman Aziz, Mohd Hafizi Muhammad Hakim, Ivan Selutan Michael, Darence Senawat, Nurul Akidah Baharuddin, Kiew Jia Yong, Muhammad Abdul Halim, Ahmad Maliki Hassan.
Nama Kereta: MyNuCAR
Pencapaian: Tempat ke-4 (12 pasukan) dalam kategori Jarak Terjauh.
Cabaran Eco Perodua 2011
23- 25 Jun 2011
Litar Motorsport Antarabangsa Melaka (MIMC), Melaka
Tujuan Perodua Eco-Challenge 2011 pula adalah untuk mencabar keupayaan kejuruteraan di kalangan pelajar melalui pembinaan kenderaan yang membawa kepada kecekapan bahan api yang lebih baik. Untuk membuat acara tahun ini lebih menarik, pertandingantersebut akan disesuaikan dengan format baru di mana setiap institusi yang mengambil bahagian akan disumbangkan dengan enjin 660cc, transmisi dan ECU. Ia akan menjadi satu ujian keupayaan pasukan reka bentuk dan kehebatan kejuruteraan. Perodua akan menyediakan dana permulaan untuk setiap pasukan yang mengambil bahagian bagi membantu sebahagian pembinaan kenderaan mereka. Setiap pasukan akan diberikan dengan sebuah gerai untuk memaparkan kerja-kerja yang dilakukan untuk kereta mereka. Kami juga amat menggalakkan pelajar dan kakitangan daripada institusi yang tidak mengambil bahagian untuk memberi sokongan moral semasa hari perlumbaan.
Ahli Pasukan
Staf: Prof. Dr. Mohd Marzuki Mustafa, Prof. Dr. Norhamidi Muhamad, Prof. Madya Dr. Shahrum Abdullah, Prof. Dr. Ir. Yusoff Ali, Dr. Wan Mohd Faizal Wan Mahmood (Pengurus Pasukan), Dr. Sallehuddin Mohamed Haris, En. Azhari Shamsudeen, En. Faizal Mat Tahir, En. Mohd Anas Mohd Sabri, En. Hamzah Nanyan, En. Abdul Saiyuti Arif Abdul Aziz, En. Mohd. Kamal Sariman, En. Mohd. Nazari Dawan, En. Mohd Saifulnazri bin Hussin.
Pelajar: Muhammad Farizal Che Sabri (Ketua Pasukan), Mohammad Faizol Mat, Mohd Hasif Bin Nawi, Abdullah Hassan, Mohd Ridzuan, Nurulddin Alias, Muhammad Zulfadhli Azizi, Wong Kian Wai, Zuhairi Zulkifli Chan, Muhammad Asyiq Bin Baharudin, Ridzal Bin Abdullah, Ng Chee Chin, Hasyim Azri Abdul Hadi, Muhamad Arif Fadhli Bin Ahmad, Chong Hui Teng, Kok Yih Shia, Muhammad Waseem Abdullah, Mohamad Mustaqim, Muhammad Izrul Izhar, Lau Weng Loon, Abdul Afiq Abd Rahim, Mohd Asyran Che Laidin, Salehuddin Bin Suratmin, Mohd. Faiz Bin Adnan, Ahmad Fikri Abdul Aziz, Muhamad Shahizzat Bin Arif Shah, Mohd Azri Bin Mohd Latiff, Lee Choy Fun, Wong Yee Won, Muhammad Shafiq Megat Jiwa, Ahmad, Faizal Ahmad Zamli, Syahmi Ahmad, Muhammad Syakir Zahar Azlan.
Nama Kereta: CARevo
Pencapaian: Tempat ke-2 (13 pasukan) dalam kategori Reka Bentuk dan Penyertaan.
Cabaran Eco Perodua 2012
13-15 Julai 2012
Litar Motorsport Antarabangsa Melaka (MIMC), Melaka
Dalam Perodua Eco-Challenge 2012, semua 13 institusi pengajian tinggi yang telah mengambil bahagian dalam 2011 akan bersaing sekali lagi. Pasukan yang mengambil bahagian dalam program ini untuk memperbaiki kenderaan lumba mereka tahun lepas berdasarkan konsep yang menggunakan enjin kereta ViVA 660cc yang diberikan oleh Perodua yang menyediakan pembiayaan awal sebanyak RM10,000 untuk setiap pasukan. Untuk lebih keseronokan dan cabaran, Perodua juga memanjangkan jemputan kepada fakulti perniagaan, perdagangan atau pengurusan di institusi yang mengambil bahagian untuk bersaing dengan menghasilkan pelan pemasaran, promosi dan perniagaan untuk pasukan kenderaan lumba mereka. Perodua juga akan menyediakan RM 5,000 kepada setiap pasukan bagi aktiviti pemasaran dan promosi, dan panel daripada industri akan memilih pemenang berkenaan.
Ahli Pasukan
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Staf: Ir. Zambri Harun (Pengurus Pasukan), Prof. Dr. Shahrum Abdullah, Prof. Madya Dr. Syarif Junaidi S Djalil, Dr. Wan Mohd Faizal Wan Mahmood, Prof. Dr. Mohd Zaidi Omar, Prof. Madya Dr. Mariyam Jameelah, Prof. Madya Dr. Zainuddin Sajuri, Prof. Madya Dr. Rozli Zulkifli, En. Azli Arifin, En. Azhari Shamsudeen, Dr. Nizaroyani, En. Hamzah Nanyan, En. Abdul Saiyuti Arif Abdul Aziz, En. Mohd. Nazari Dawan, En. Mohd Saifulnazri bin Hussin.
Pelajar: Nurulddin Alias (Ketua Pasukan), Adi Hakimee Mustaffa, Muhammad Waseem Bin Abdullah, Rasyidah Binti Ahmad, Megat Hakimi Bin Megat Mohd Zubairi, Muhammad Firdaus Bin Abdul Rahman, Amir Asyraf Bin Mohammad Redzuan, Muhammad Zaki Abdullah, Abdul Malik Abdul Shukur, Ahmad Faizal Ahmad Zamli, Mohd Fariz Izwan Mohd Yusof Azizi Abdullah, Mohd Salehudin Fafmin Mat Salleh, Nor Hasanil Hanief Hassan, Hasyim Azri Abd Hadi, Mohd Syazwan Jaafar, Pang Kwong Yuen.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Staf: Dr. Che Aniza Che Wil, Pn. Noor Azuan Bt. Hashim, Dr. Norliza Abdullah, En. Mohd Dzul Azzwan Bin Mohd Nor, En. Mohd Hizam Hanafiah.
Pelajar: Mohd Hafizul Bin Nasir@Ishak, Muhammad Faizal Bin Abd Razak, Zuraida Binti Mazri, Mohd Alif Saifudin Bin Alias, Ainul Husni Binti Abdul Tahir, Mohan A/L Raju, Ainul Shafina Binti Noralam, Isma Junidar Binti Ishak, Nurul Izzah Binti Che Pauzi, Roziati Marliana Binti Mazlan, Najibah Binti Che Azmi, Nuratikah Binti Roselee, Muhammad Hansah Bin Burhanudin, Norazmira Binti Abdul Raman, Shazwani Binti Azlan, Atiqah Binti Ismail, Alyaa Raffidah Binti Mohamad, Cheng Juan Hong.
Nama Kereta: CARave
Pencapaian: Tempat ke-3 (13 pasukan) dalam kategori Reka Bentuk dan Kejuruteraan.
Cabaran Eco Perodua 2013
12-14 Disember 2013
Litar Go Kart Antarabangsa Shah Alam , Selangor
Dalam Perodua Eco-Challenge 2013, setiap peserta yang layak daripada institusi pengajian tinggi akan diberi kereta Perodua Myvi 1.3L versi UK yang tidak berdaftar. Pelajar-pelajar yang mengambil bahagian akan mempunyai peluang untuk mereka bentuk semula sebuah kereta berdasarkan “Konsep Kereta Bandar” dengan asas badan atas kereta baru (lengkap dengan ruang penumpang dan bagasi) yang boleh bergerak dengan jarak yang paling jauh dengan penggunaan bahan api paling sedikit (dalam mod bandar). 10 pasukan yang terpilih akan mempamerkan keupayaan kejuruteraan dan kemahiran pemanduan yang berkesan dalam perlumbaan. Sejumlah dana juga akan diberikan oleh Perodua untuk membantu sebahagian ubah suaian berkenaan kepada setiap pasukan. Terdapat juga gerai-gerai yang disediakan bagi setiap universiti yang terlibat untuk memaparkan kerja-kerja pengubahsuaian yang dilakukan untuk kereta mereka. Bagi tahun kedua berturut-turut, pihak Perodua juga akan mengadakan cabaran kategori pemasaran yang terbuka kepada pelajar daripada sekolah pemasaran perniagaan atau sekolah kejuruteraan daripada setiap universiti dipilih. Di bawah kategori ini, pelajar perlu membentangkan satu persembahan produk bagaimana untuk mempromosikan kenderaan yang direka oleh pelajar kejuruteraan menggunakan alat-alat pemasaran yang paling inovatif termasuk pengeluaran iklan secara cetakan dan elektronik , media sosial, sidang akhbar dan lain-lain.
Ahli Pasukan
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Staf: Prof. Ir. Dr. Shahrum Abdullah, Prof. Madya Dr. Rozli Zulkifli, Ir. Dr. Zambri Harun (Pengurus Pasukan), Dr. Wan Mohd Faizal Wan Mahmood, Dr. Mohd Radzi Abu Mansor, Prof. Madya Dr. Mariyam Jameelah Ghazali, Prof. Dr. Che Husna Azhari, En. Mohd Hanif Md Saad, En. Azli Arifin, En. Azhari Shamsuddin, Dr. Mohd Rasidi Mohd Rasani, Pn. Hawa Hishamuddin, En. Zulkhairi Zainol Abidin, Dr. Nizaroyani Saibani, En. Wan Fathul Hakim Wan Zamri, En. Hamzah Nanyan, En. Abdul Saiyuti Arif Abdul Aziz, En. Mohd. Nazari Dawan, En. Mohd Saifulnazri bin Hussin.
Pelajar: Muhammad Uzaid bin Mohd Fadzil (Ketua Pasukan), Muhammad Helmy Hussainy Bin Khazali, Muhammad Ali Rahman bin Zulkefli, Mohamad Hafizuddin B Ahmad Khirudin, Mohd Shereen bin Zainuddin, Muhammad Fathullah Bin Suhaili, Khairunas Bakri, Khairunnisa Hanisah binti Nuruddin, Amer Rifdi bin Haji Aripin, Nur Zaite Mahaya binti Ibrahim, Noor Hidayah binti Abdul Rahim, Siti Nuraini binti Endri, Mohammad Amir Ariff bin Abdul Halim, Muhammad Sallehudin bin Khalid, Abdullah Sani bin Hashim, Khairul Anwar bin Kamarudin, Mohammad Syazwan Syafiq bin Ahmad Bakri, Ahmad Farhan bin Ahmad Tajudin, Muhammad Solehin bin Md Edross.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Staf: Dr. Che Aniza Che Wil, Pn. Noor Azuan Bt. Hashim, Dr. Norliza Abdullah, En. Mohd Dzul Azzwan Bin Mohd Nor, En. Mohd Hizam Hanafiah, Pn. Roshayati Abd. Hamid, Dr. Shifa Mohd Nor.
Pelajar: Siti Najmi Syuhaila Binti Bakar, Hasnizah Bt Ahmad Zaini, Nurfatin Adibah Binti Zulkiflee, Nurul Umairah Binti Mohd Sapian, Syafinaz Binti Zolkifli, Nur Fasihah Binti Daruji, Melissa Binti Norazlan Mahendiran, Amirul Bin Abdul Hamid, Nur Syafi Izzan Bin Zainal, Ahmad Fadhil Bin Razak, Mohamad Nabil Bin Kamal Bahrain, Nazlina Binti Nasrul Saidi Basa, Faiqah Binti Abdullah, Muhamad Hafiz Bin Adnan.
Nama Kereta: Aster I-Bond
Pencapaian: Tempat ke-4 (9 pasukan) dalam kategori Jarak Terjauh dan tempat ke-5 dalam kategori Kejuruteraan.