Pusat Pembangunan Keusahawanan & EKS

 Centre for Entrepreneurship and Small & Medium Enterprises Development

KEUSAHAWANAN SOSIAL (CMIE6013)

KEUSAHAWANAN SOSIAL (CMIE6013)

 3 KREDIT (Kursus Elektif – Ditawarkan pada semester 1 setiap sesi)

Sinopsis:

Kursus memberi pengetahuan, kemahiran dan pencerahan mengenai keusahawanan sosial dalam komuniti.  Pelajar berpeluang memahami dan menghargai keusahawanan sosial dalam komuniti sebagai satu bidang baru dan berpotensi  menjana pertumbuhan ekonomi, mengurangkan kemiskinan, memperbaiki taraf sosioekonomi dan kebajikan golongan B40 dan M40 serta membawa perubahan sosioekonomi secara positif.  Permasalahan yang berkaitan dengan kemiskinan dilihat sebagai satu peluang penyelesaian masalah yang inovatif sambil menjana pendapatan.  Kursus ini  menekankan aspek  nilai keusahawanan sosial yang mengutamakan kesejahteraan  komuniti   sebagai matlamat  penubuhan perniagaan, sementara  keuntungan  hanya sebagai alat  mencapai kesejahteraan komuniti.

Hasil Pembelajaran Kursus:

  1. Pelajar mampu membezakan keusahawanan sosial dengan  keusahawanan konvensional.
  2. Pelajar mampu menganalisis peluang, cabaran dan isu keusahawanan sosial.
  3. Pelajar mampu menyediakan rancangan perniagaan keusahawanan sosial dan model perniagaan sosial
Translate »