RM50, 000

DANA PENINGKATAN PERNIAGAAN

Public Private Research network (PPRN) merupakan inisiatif inovatif Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia bagi
menggalakkan program inovasi yang berasaskan permintaan dalam
memacu peningkatan produktiviti serta mengukuhkan pembangunan ekonomi Malaysia.

UKM-CESMED SEBAGAI PEMUDAHCARA

UKM-CESMED telah dipertanggungjawab oleh pihak Kementerian sebagai pemudahcara bagi mengenalpasti usahawan yang
mempunyai masalah yang boleh diselesaikan melalui dana PPRN.
Kami akan bantu anda mengenai tatacara permohonan dana PPRN ini. Selain itu, kami juga bertindak sebagai pembimbing dan
penyedia latihan kepada usahawan. Antara latihan yang dianjurkan ialah:


    •Pengurusan peniagaan
    •Pengurusan Perakaunan
    •Pemasaran(Offline & Online)
    •E-Commerce
    •Permohonan sijil Halal
    •Kandungan nutrisi makanan
    •Coaching & Mentoring

Persekitaran Mesra Ilmu Pengetahuan

Persekitaran di mana pengetahuan dihasilkan dan disebarkan daripada mereka yang mempunyainya (iaitu Institusi Pendidikan Tinggi & Institusi Penyelidikan Awam) kepada mereka yang memerlukan pengetahuan tersebut (iaitu industri/perusahaan)

SKOP PROJEK

Inovasi Produk

Menambahbaik atau menambah nilai produk sedia ada industri/perusahaan untuk keperluan pasaran

inovasi proses

Menambahbaik proses pengeluaran produk, komponen sumber, gudang, logistik, kaedah penghantaran atau perkhidmatan; menyelaraskan untuk menjadikannya lebih cekap dan efisen menggunakan state-of-art technology; dan meningkatkan skala pengeluaran

SYARAT & KRITERIA PERMOHONAN DANA PPRN

Terbuka kepada semua

Permohonan terbuka kepada semua syarikat berdaftar di Malaysia dengan nilai jualan tahunan melebihi RM50,000 setahun (~anggaran RM5000/bulan).

Majoriti rakyat Malaysia

Syarikat perlulah majoriti hakmilik rakyat Malaysia

Masalah teknologi & teknikal

Syarikat hendaklah mempunyai masalah teknologi/teknikal dalam pengeluaran produk, proses dan perkhidmatan.

Enam bulan & tidak lebih setahun

Keutamaan diberi kepada projek yang boleh disiapkan dalam tempoh enam (6) bulan, namun tempoh pelaksanaan projek tidak lebih daripada setahun masih boleh dipertimbangkan jika ia mempunyai nilai sosial dan perniagaan yang signifikan.

Telah dikomersilkan

Produk yang memerlukan penyelesaian pembangunan teknologi yang inovatif hendaklah telah dikomersilkan dan ada di pasaran tetapi perlu penambahbaikan dari segi proses atau produk itu sendiri.

Bukan pembelian off-the-shelf

Projek yang pada dasarnya melibatkan masalah pengurusan atau pemasaran atau pembelian off-the-shelve solutions seperti pembelian produk, perisian atau perkhidmatan tidak akan dipertimbangkan

Tidak terhad bidang tertentu

Projek tidak terhad kepada bidang tertentu sahaja tetapi boleh melibatkan apa-apa bidang sains gunaan atau kejuruteraan.

Kos projek

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)/PPRN akan membiayai sebahagian daripada kos keseluruhan projek dan syarikat perlu bersedia untuk turut bersama-sama membiayai kos pembangunan projek.

MEKANISMA PEMBIAYAAN

TATACARA PERMOHONAN

pertanyaan dan pendaftaran

Sila berhubung dengan pegawai kami untuk sebarang pertanyaan lanjut dan pendaftaran dana PPRN

En. Firdaus Md Sahat

012 - 9188 102
03 - 8921 3287
firdaussahat@ukm.edu.my

Pn. Rogayah Abas

013 - 3440 576
03 - 8921 4880
ogy@ukm.edu.my

Aras 3, Bangunan Fakulti Ekonomi & Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi, Selangor

 

Hakcipta terpelihara © UKM-CESMED 2018

Translate »