Pusat Pembangunan Keusahawanan & EKS

 Centre for Entrepreneurship and Small & Medium Enterprises Development

KEUSAHAWANAN SOSIAL & INOVASI (CMIE 2313)

KEUSAHAWANAN SOSIAL & INOVASI (CMIE2313)

TarafElektif

Objektif -Pelajar boleh memahami konsep keusahawanan sosial dan mampu menghasilkan inovasi dalam perusahaan sosial.

Semester ditawarkan – Semester 1,Tahun 2

SinopsisKursus memberi pengetahuan, kemahiran dan pencerahan mengenai keusahawanan sosial dalam komuniti. Pelajar berpeluang memahami konsep keusahawanan sosial sebagai satu bidang yang berpotensi menjana pertumbuhan ekonomi disamping memperbaiki taraf sosioekonomi dan kebajikan komuniti serta memperkasa pertumbuhan ekonomi negara secara positif. Permasalahan dalam komuniti dilihat sebagai satu peluang penyelesaian

masalah yang inovatif sambil menjana pendapatan. Kursus ini menekankan aspek nilai keusahawanan sosial yang mengutamakan kesejahteraan komuniti sebagai matlamat penubuhan perniagaan sementara keuntungan hanya sebagai alat mencapai kesejahteraan komuniti.

HPK 

HPK 1 – Pelajar berkebolehan memahami konsep keusahawanan sosial dan mencipta inovasi dalam perusahaan sosial berdasarkan misi pembangunan lestari.

HPK 2 – Pelajar berkebolehan memahami proses pengoperasian perniagaan sosial yang lestari.

HPK 3 – Pelajar berkebolehan menganalisis impak keusahawanan sosial dalam masyarakat dan perniagaan.

Translate »