PEMBANGUNAN PERUSAHAAN MIKRO & KECIL (CMIE 1213)
PEMBANGUNAN PERUSAHAAN MIKRO & KECIL (CMIE 1213)
Taraf – Elektif
Objektif –Pelajar boleh membangunkan perusahaan kecil atau mikro selari dengan keupayaan pelajar berdasarkan permintaan pelanggan.
Semester ditawarkan – Semester 1, Tahun 2
Sinopsis –Objektif utama kursus ini adalah memantapkan pemahaman pelajar mengenai ilmu keusahawanan dan pengurusan perniagaan serta membentuk sikap keusahawanan dalam pelajar. Konsep dan teori keusahawanan merangkumi pengenalpastian peluang perniagaan, pemasaran, pengiklanan, pembangunan pasukan dan kewangan. Di samping itu, pelajar akan membentuk kumpulan kecil untuk membangunkan syarikat bagi memasarkan produk kes yang mereka pilih dan membina strategi pemasaran.
HPK
HPK 1 – Menilai ciri-ciri usahawan berjaya.
HPK 2 – Menjana idea perniagaan yang berpotensi berdasarkan kehendak pasaran.
HPK 3 – Mengenalpasti kaedah asas pengoperasian, sumber manusia, pemasaran dan aliran tunai dalam menguruskan perniagaan mikro dan kecil.