MYBRAIN 2.0 Scholarship for Malaysian

PENGENALAN

  1. Program MyBrain 2.0 ditawarkan kepada orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap dan pensyarah-pensyarah di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam negara.

 

  1. Pemilihan bidang adalah terdiri daripada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM) serta bidang Sains Sosial dan Sastera Ikhtisas.

 

  1. Program ini merupakan salah satu inisiatif KPT untuk membangunkan modal insan dan pemerkasaan bakat yang berkemahiran tinggi dalam bidang penyelidikan sekali gus meningkatkan hasil penyelidikan yang berimpak tinggi bagi memenuhi kehendak masyarakat, komuniti dan negara. Penajaan ini juga bertujuan menyumbang kepada kesediaan kemajuan kerjaya dan seterusnya membantu meningkatkan pendapatan serta taraf hidup graduan. Selain itu, program MyBrain 2.0 merupakan satu cabang motivasi kepada IPTS dalam usaha menyediakan pensyarah-pensyarah berkompetensi dengan matlamat meningkatkan keupayaan IPTS secara keseluruhan.

 

SYARAT KELAYAKAN

  • Syarat Umum

 

  • Pemohon mestilah:
    • Orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap; atau
    • Pensyarah IPTS terpilih seperti di Lampiran A.
  • Warganegara Malaysia dengan had umur pada tahun permohonan seperti berikut :

 

Kategori Peringkat Pengajian Had Umur
Orang Awam Tidak Bekerja/ Berpendapatan Tetap Ijazah Sarjana 28 tahun
Ijazah Kedoktoran (PhD) 35 tahun
Pensyarah IPTS Ijazah Sarjana 35 tahun
Ijazah Kedoktoran (PhD) 45 tahun

 

  • Tidak menerima sebarang bentuk tajaan pendidikan / biasiswa daripada lain-lain penaja kecuali pinjaman pelajaran / elaun pembantu penyelidik siswazah / pembiayaan tambahan lain dengan syarat ia bukanlah BIASISWA;

 

  • Sekiranya pelajar mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian yang sedang diikuti, pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan penajaan ini;

 

  • Telah menerima surat tawaran penuh / tanpa syarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa di IPT terpilih seperti di Lampiran B;

 

  • Bagi pelajar yang telah memulakan pengajian, baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 12 bulan bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran pada Semester 1, Sesi 2024/2025;

 

  • Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah seperti di Lampiran C;

 

  • Pemohon pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran yang akan mengikuti pengajian secara penyelidikan perlu menyediakan kertas cadangan penyelidikan (research proposal) bagi tujuan rujukan dan semakan untuk kelulusan;

 

  • Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menghidapi penyakit kronik seperti di Lampiran D; dan

 

  • Pemohon dan ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh Kerajaan atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak Kerajaan.
  • ELEMEN TAJAAN
  • Program MyBrain 2.0 menyediakan kemudahan pembiayaan kepada pemohon yang berjaya seperti berikut:
  • Yuran Pengajian
  1. Yuran pengajian yang layak dibayar kepada pemohon yang berjaya adalah seperti berikut:
Peringkat Pengajian Yuran Pengajian
Ijazah Sarjana Kadar maksimum RM2,300.00 per semester / RM9,200.00 sepanjang pengajian
Ijazah Kedoktoran (PhD) Kadar maksimum RM3,750.00 per semester / RM22,500.00 sepanjang pengajian

 

  • Bayaran yang tidak ditanggung adalah seperti di Lampiran E;

 

  • Pihak KPT akan membuat pembayaran yuran pengajian kepada pihak IPT tertakluk kepada kadar maksimum yang telah ditetapkan. Sekiranya jumlah yuran pengajian melebihi kadar maksimum, pelajar bertanggungjawab untuk menjelaskan baki yuran pengajian kepada pihak IPT; dan

 

  • Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian, tempoh pembiayaan bermula pada semester semasa dan pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang tuntutan bayaran balik bagi yuran pengajian yang telah dibayar sebelum tempoh tajaan berkuat kuasa.

 

  • Elaun Sara Hidup

 

  • Elaun Sara Hidup (ESH) bulanan akan diberikan sepanjang tempoh penajaan; dan

 

  1. Laporan kemajuan pengajian/keputusan peperiksaan perlu dikemukakan bagi pembayaran ESH semester berikutnya.

IKATAN PERJANJIAN

  • Pelajar tajaan mestilah memenuhi terma dan syarat Program MyBrain 2.0 seperti berikut:

 

  • Mematuhi semua peruntukan di dalam Perjanjian dan syarat-syarat tawaran Program MyBrain 2.0;

 

  • Pelajar tajaan adalah terikat dengan peraturan-peraturan pengajian yang sedang berkuat kuasa sepanjang tempoh pengajian di IPT;

 

  • Pembayaran akan dilaksanakan setelah pelajar mengemukakan semua dokumen sokongan dan dokumen asal perjanjian yang telah lengkap ditandatangani oleh pelajar dan saksi;

 

  • KPT berhak menamatkan penajaan sekiranya pelajar gagal mendapat keputusan minimum memuaskan setiap semester atau gagal mengemukakan Laporan Kemajuan Pengajian kepada KPT; dan

 

  • Sekiranya pelajar menerima elaun-elaun atau bayaran yang melebihi daripada jumlah sepatutnya, Kerajaan berhak pada bila-bila masa menuntut kembali elaun-elaun terlebih bayar tersebut.

PROSES PERMOHONAN

  • Permohonan Program MyBrain 2.0 adalah melibatkan proses seperti berikut:

 

  • Permohonan
    • Hantar borang permohonan secara atas talian melalui Sistem Permohonan Program MyBrain 2.0 sebelum tarikh tamat iklan permohonan.

 

  • Temu Duga & Ujian Psikometrik
    • Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga dan ujian psikometrik secara atas talian.

 

  • Penawaran

Pemohon yang berjaya akan menerima surat tawaran penajaan Program MyBrain 2.0.