Pusat Kajian CILAS

 Universiti Kebangsaan Malaysia

2023

Webinar

Bengkel

Bengkel Semakan Dokumen Kurikulum Sarjana Hak Asasi Manusia

Pada 11-12 September 2023, Bengkel Semakan Dokumen Kurikulum Sarjana Hak Asasi Manusia telah diadakan di Bangi Resort Hotel.

Bengkel ini bertujuan untuk mengisi semakan dokumen bagi program Sarjana Hak Asasi Manusia. Bengkel ini juga telah menjemput wakil daripada pihak Pusat Pengajaran dan Pembangunan Kurikulum, UKM-Shape, dan Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat (FTSM) bagi perkongsian pandangan dan pengetahuan.

Bengkel Semakan Pencapaian MyRA, Strategi Tahun 2023 dan Hala Tuju Pusat-Pusat FUU

Pada 2-5 November 2023, Bengkel Semakan Pencapaian MyRA, Strategi Tahun 2023 dan Hala Tuju Pusat-Pusat FUU telah diadakan di Primula Beach Hotel, Terengganu.

Bengkel tersebut dihadiri oleh Dekan FUU, Prof. Madya Dr. Jady@Zaidi Hassim, Timbalan Dekan Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi Prof. Madya Dr. Rasyikah Md. Khalid, Timbalan Dekan Jaringan Alumni Dr. Muhamad Helmi Md Said, dan Pengerusi-pengerusi Pusat (CILAS & MyCoL) serta ahli pengurusan dan pentadbiran.

Kunjungan Hormat

Kunjungan Hormat ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
[23 Mac 2023]

Kunjungan Hormat oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Jady @ Zaidi Hassim, Dekan Fakulti Undang-Undang kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad, Pengerusi SUHAKAM.

Turut disertai oleh YBhg Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal (Anggota SUHAKAM dan Profesor Fakulti Undang-Undang), Dr Muhamad Sayuti Hassan (Ketua Pusat CILAS), Prof. Madya Dr Mohamad Rizal Abd Rahman (Ketua Pusat MyCoL), Prof. Madya Dr Rohaida Nordin, Dr Nurul Hidayat Ab Rahman dan Dr Mohd Shahril Nizam Md Radzi.

Sesi ini telah diusahakan oleh Dr Muhamad Sayuti Hassan bertujuan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang di antara FUU UKM dan SUHAKAM.