Kunjungan Hormat ke Pejabat Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
[6 Oktober 2022]
Kunjungan hormat oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Jady@Zaidi Hassim, Dekan Fakulti Undang-undang UKM kepada YBhg. Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Turut disertai oleh YBhg. Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal (Ahli Lembaga IKIM), Dr. Muhamad Helmi Md. Said (Timbalan Dekan Jaringan & Alumni FUU UKM), PM Dr. Mohamad Rizal Abdul Rahman (Ketua Pusat MyCoL), dan Dr. Nadhilah A. Kadir.
Sesi ini telah diusahakan oleh Dr Muhamad Sayuti Hassan (Ketua Pusat CILAS) bertujuan mewujudkan kerjasama dan kolaborasi dalam pelbagai bidang di antara FUU UKM dan IKIM.
Kunjungan Hormat ke Pejabat Ketua Pengarah, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
[2 Disember 2022]
Kunjungan hormat oleh YBhg. Profesor Dr. Nazura Abdul Manap, Pensyarah FUU merangkap Timbalan Pengerusi Anggota Tribunal Hak Cipta kepada YBrs. Encik Abdul Haris Haji Lakar, Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Turut disertai oleh Dr. Muhamad Sayuti Hassan (Ketua Pusat CILAS), PM Dr. Mohamad Rizal Abdul Rahman (Ketua Pusat MyCoL), Dr. Nabeel Mahdi Althabhawi dan Dr. Mohd Shahril Nizam Md Radzi.
Sesi ini telah diusahakan oleh Dr Muhamad Sayuti Hassan (Ketua Pusat CILAS) bertujuan mewujudkan kerjasama dan kolaborasi dalam pelbagai bidang di antara FUU UKM dan MyIPO.