Bengkel Pengurusan dan Semakan Pencapaian Prestasi KPI Strategik Penggal Kedua 2022 Fakulti Undang-undang
Pada 9-11 Disember 2022, Bengkel Pengurusan dan Semakan Pencapaian Prestasi KPI Strategik Penggal Kedua, Fakulti Undang-undang UKM telah diadakan di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur.
Bengkel tersebut dihadiri oleh Dekan FUU, Prof. Madya Dr. Jady@Zaidi Hassim, Timbalan Dekan Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi Prof. Madya Dr. Rasyikah Md. Khalid, Timbalan Dekan Jaringan Alumni Dr. Muhamad Helmi Md Said, Ketua Pentadbiran YM Raja Noor Azri Raja Noor Afandi dan Pengerusi-pengerusi Pusat (CILAS & MyCoL) serta ahli pengurusan dan pentadbiran.
Bengkel Semakan Pencapaian Prestasi KPI Strategik
Pada 15-17 Julai 2022, Bengkel Semakan Pencapaian Prestasi KPI Strategik, Fakulti Undang-undang UKM (Penggal Pertama Sesi 2022) telah diadakan di Double Tree Resort by Hilton, Pulau Pinang.
Bengkel tersebut dihadiri oleh Dekan FUU, Prof. Madya Dr. Jady@Zaidi Hassim, Timbalan Dekan Akademik Dr. Hanim Kamaruddin, Timbalan Dekan Jaringan dan Alumni Prof. Madya Dr. Shahrul Mizan Ismail, Ketua Pentadbiran YM Raja Noor Azri Raja Noor Afandi dan Pengerusi-pengerusi Pusat (CILAS & MyCoL) serta ahli pengurusan dan pentadbiran.
Bengkel Pemetaan dan Pelan Tindakan Pencapaian FUU 2022
Pejabat Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi (TDPI) di bawah Jawatankuasa Kualiti dan Strategi FUU telah mengadakan satu Bengkel Pemetaan dan Pelan Tindakan Pencapaian FUU 2022 pada 24-25 Januari 2022 di Pulse Grande Hotel, Putrajaya.
Objektif bengkel ini diadakan adalah bagi merangka strategi pemetaan dan tindakan dalam mencapai KPI 2022 FUU. Ia juga membantu fakulti merangka strategi sasaran MyRA tahun 2022 dengan lebih tersusun serta meningkatkan ranking FUU di peringkat antarabangsa dan mencapai sasaran KPI fakulti.
Bengkel ini turut dihadiri Dekan, Timbalan Dekan Akademik, Penolong Dekan Hal Ehwal Pelajar, Penolong Dekan Keusahawanan & Kreativiti, Penolong Dekan Kualiti & Strategi, dan Penolong Dekan Pengajaran & Citra, Ketua Pusat MyCoL & CILAS.