Pejabat Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi (TDPI) di bawah Jawatankuasa Kualiti dan Strategi FUU telah mengadakan satu Bengkel Pemetaan dan Pelan Tindakan Pencapaian FUU 2022 pada 24-25 Januari 2022 di Pulse Grande Hotel, Putrajaya.
Objektif bengkel ini diadakan adalah bagi merangka strategi pemetaan dan tindakan dalam mencapai KPI 2022 FUU. Ia juga membantu fakulti merangka strategi sasaran MyRA tahun 2022 dengan lebih tersusun serta meningkatkan ranking FUU di peringkat antarabangsa dan mencapai sasaran KPI fakulti.
Bengkel ini turut dihadiri Dekan, Timbalan Dekan Akademik, Penolong Dekan Hal Ehwal Pelajar, Penolong Dekan Keusahawanan & Kreativiti, Penolong Dekan Kualiti & Strategi, dan Penolong Dekan Pengajaran & Citra, Ketua Pusat MyCoL & CILAS.