Pusat Kajian CILAS

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Bengkel 2024

Program Pengukuhan Kerja Berpasukan (Teambuilding) dan Retreat Pusat Kajian Fakulti Undang-Undang 2024

Pada 03-05 Ogos 2024, Program Pengukuhan Kerja Berpasukan (Teambuilding) dan Retreat Pusat Kajian Fakulti Undang-Undang 2024 telah diadakan di Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik, Pahang.

Program ini bertujuan bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli pusat serta memupuk semangat bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah.

Butiran gambar sekitar program boleh dilihat di pautan ini:

3 Ogos 2024 – https://drive.google.com/drive/folders/1ZVIPUVRrAj8xzgMhjjIpPt8zmKVuVXkd?usp=drive_link

4 Ogos 2024 – https://drive.google.com/drive/folders/1wSMFlaEGg3ts9DYQHluYRyKlYfxzqmTE?usp=drive_link

https://drive.google.com/drive/folders/1Qe7L3j3HbJOl0GOwtANL1hYDY1fAFRUh?usp=drive_link

Bengkel Penulisan CILAS : Aplikasi Kecerdasan Buatan dalam Penulisan

[1 OKTOBER 2024, BENGKEL PENULISAN CILAS: APLIKASI KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM PENULISAN]

Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) dengan kerjasama Pusat Kajian Undang-Undang Antarabangsa dan Siyar (Siyar) telah menganjurkan Bengkel Penulisan CILAS: Aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam penulisan pada 1 Oktober 2024(Selasa) di Dorsett Putrajaya.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi maklumat mengenai Etika Penggunaan aplikasi AI dalam Penulisan dan memberi pendedahan penggunaan aplikasi AI dalam memantapkan lagi penulisan.

Bengkel ini telah menjemput Prof. Dr. Nazura Abdul Manap, Profesor FUU dan Prof. Madya Ts. Dr. Abdul Hadi Abd Rahman sebagai penceramah.

Diharapkan dengan pengajuran bengkel ini dapat menambah pengetahuan mengenai AI para pensyarah FUU serta meningkatkan jumlah penulisan di FUU.