Introduction

CONFERENCE ON INTERNATIONAL UNION FOR MUSLIM SCHOLARS IN
SOCIO-POLITICS

24ᵀᵸ - 15ᵀᵸ 2021

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia

Persidangan ini merupakan sebuah persidangan yang berusaha untuk mengetengahkan pemikiran Abdul Hadi Awang yang mewarnai sosiopolitik Islam semasa. Persidangan ini juga bertujuan untuk merungkai metode fiqh siyasah yang diaplikasi oleh Abdul Hadi Awang dalam menghadapi cabaran politik sepanjang penglibatannya dari dahulu sehingga kini. Melalui persidangan ini, masyarakat dapat mengetahui pendekatan sosiopolitik Abdul Hadi Awang. Tema utama persidangan ini ialah “Ulama Pengerak Sosiopolitik Ummah”.

Subtema bagi persidangan ini ialah politik Islam dan hubungan antarabangsa, politik Islam dan kemasyarakatan, politik Islam dan dakwah, ekonomi dan kesejahteraan ummah, dan pendidikan dan pembangunan ummah. Pendokumentasian ini penting supaya kaedah, pendekatan, strategi dan tindakan politik Abdul Hadi Awang  dapat difahami dan diteladani oleh generasi hari ini dan akan datang.

Persidangan ini dianjurkan oleh Fakulti Pengajian Islam di bawah projek PP-2019-010 dengan kerjasama Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Pusat Kajian Al-Quran Dan Al-Sunnah. Persidangan selama dua hari ini akan diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan menjadikan ahli-ahli akademik, tokoh-tokoh politik, badan bukan kerajaan (NGO), aktivis gerakan Islam, para penyelidik dan para pelajar sebagai sasarannya.