Pusat Sistematik Serangga

 Centre for Insect Systematics

Syarat Pertandingan

Syarat & Peraturan Umum Pertandingan

  1. Pertandingan terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Peserta bukan warganegara yang tinggal di Malaysia sepanjang tempoh pertandingan juga layak untuk bertanding (bukti alamat dan pertandingan diperlukan).
  2. Setiap peserta dibenarkan menghantar sebanyak DUA (2) buah karya sahaja (maksima).
  3. Dalam kategori yang dipertandingkan, peserta diberi kebebasan memilih untuk menghantar karya Fotografi atau Karya Seni Visual 2D (seni lukisan, seni catan, seni lukisan digital, seni cetak, dan lain-lain) berinspirasikan Serangga. Tema bagi setiap karya ialah METAMORFOSIS.
  4. Karya yang dihantar mestilah karya asli perserta dan tidak pernah dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan sekiranya didapati hasil karya diciplak dari mana-mana sumber.
  5. Karya mestilah terkini dan dihasilkan pada tahun 2022.
  6. Karya kolaborasi/berkumpulan adalah tidak dibenarkan.
  7. Yuran penyertaan perlu dibayar ke akaun UKM. Yuran tidak akan dikembalikan jika peserta menarik diri.
  8. Peserta bertanggungjawab mengurus dan menanggung kos penghantaran karya pergi ke/balik dari galeri pameran bagi karya yang terpilih oleh pihak juri untuk pameran.
  9. Karya yang dihantar akan menjadi hak milik penganjur dan boleh digunakan bagi tujuan penerbitan, pendidikan ataupun pameran. Kesemua karya yang menyertai pertandingan ini adalah untuk dijual. Pihak penganjur akan mengambil komisyen minima 20% bagi setiap karya yang dijual. hasil penjualan dimasukkan ke dalam tabung penjaan pengajian sarjana MSc Entomologi UKM untuk kegunaan penyelidikan pelajar.
  10. Pengajur berhak meminda atau membatalkan syarat pertandingan termasuk hadiah pertandingan tanpa notis terdahulu.
  11. Pemenang pertandingan akan dimaklumkan menerusi surat, email atau telefon.
  12. Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang bantahan atau rayuan tidak akan dilayan.

SYARAT KHUSUS FOTOGRAFI

  1. Peserta perlu mengetengahkan subjek serangga dalam karya.
  2. Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera digital (DSLR/mirrorless) atau telefon bimbit.
  3. Gambar foto diambil secara potret atau landskap.
  4. Suntingan atau pengubahsuaian yang minima terhadap foto menggunakan perisian komputer adalah dibenarkan. Namun demikian, teknik kolaj,super impose atau gambar yang dimanipulasikan TIDAK dibenarkan.
  5. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan sekiranya didapati hasil karya diciplak dari mana-mana sumber.

SYARAT KHUSUS SENI VISUAL 2D

  1. Peserta diberikan kebebasan memilih medium penghasilan karya (oil pants, watercolors, acryclic paints,graphite pencil, charcoal, pastels dan media campuran).
  2. Karya perlu dihasilkan secara manual tanpa menggunakan sebarang perisian komputer.
  3. Karya boleh dihasilkan secara potret atau landskap.
  4. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan sekiranya didapati hasil karya diciplak dari mana-mana sumber.