Pusat Pengajian Citra Universiti | Bijaksana untuk Memperkasa

Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman antara Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman antara Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

SDG: 4, 7 & 17
 
Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada julung kalinya telah menganjurkan “The Energy Transition Conference 2023” pada 28 dan 29 Ogos 2023 bertempat di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).
 
Bersempena persidangan ini, satu majlis pertukaran dokumen Memorandum of Understanding (MoU) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam membangunkan modul literasi tenaga, di bawah inisiatif Malaysia Energy Literacy Program (MELP) pada 28 Ogos 2023 (Isnin).
 
Objektif MoU ini adalah seperti berikut:
1. Mendedahkan para pelajar kepada pelbagai topik yang berkaitan dengan tenaga.
2. Meningkatkan pemahaman mengenai kepentingan tenaga dan peranan mereka dalam menguruskan tenaga, supaya mereka boleh menjadi pengguna yang peka tenaga,
3. Memupuk kesedaran para pelajar untuk masa hadapan yang lebih mampan.
 
Majlis ini disaksikan oleh YB. Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, YB Dato’ Mohammad Yusof Haji Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi dan turut hadir sama dari pihak UKM ialah, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi), bersama delegasi dari Pusat Pengajian Citra Universiti (PPCU), iaitu YBhg. Prof. Dr. Khairul Anwar Mastor (Dekan), Prof. Sr. Ts. Dr. Adi Irfan (Timbalan Dekan (Akademik)) dan Dr. Lim Kar Keng (Penyelaras MoU). 
 
Manakala, pihak UNITEN dihadiri oleh Prof. Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman (Naib Canselor), Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd. Zamri Bin Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Ir. Dr. Ramesh Sigh a/l Kuldip Singh, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Rosmiza Bt. Mokhtar (Dekan CCEd), Dr. Nora Yusma Bt. Mohamed Yusoff (Director IEPRe). Pihak TNB dihadiri oleh Dato’ Indera Ir. Baharin Bin Din (President/ Chief Executive Officer), Tn. Hj. Wahizan Abd Rahman (Chief People Officer) dan Pn. Norazni Mohd Isa (Company Secretary).
 
#CitraUKM
#bijaksanauntukmemperkasa
#wisdomtoempower

Share Now:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *