Pusat Pengajian Citra Universiti | Bijaksana untuk Memperkasa

Perkongsian Modul Kenali Ubat Anda daripada Ahli Farmasi Hospital Serdang

Perkongsian Modul Kenali Ubat Anda daripada Ahli Farmasi Hospital Serdang

Kursus LMCR1572 Manfaat & Risiko Produk Hasilan Semulajadi merupakan satu kursus yang menggunakan sebahagian bahan Modul Kenali Ubat Anda, Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
Sehubungan dengan itu, satu perkongsian modul bertajuk Pendaftaran Ubat, Suplemen & Kosmetik telah dibuat oleh Puan Jasmin A/P Sam Retnam Deniel yang merupakan Ahli Farmasi, Hospital Serdang kepada 120 orang mahasiswa yang mendaftar kursus ini. Kursus ini diajar oleh Dr. Wardah Mustafa Din & Dr Yusnaini Md.Yusoff.
 
Antara perkara utama yang diterangkan kepada mahasiswa adalah kepentingan menyemak pendaftaran ubat, suplemen & kosmetik, serta cara-cara mengenalpasti ciri ubat yang telah berdaftar dengan KKM. Selain itu, banyak juga contoh yang diberikan mengenai kesan menggunakan ubatan yang tidak berdaftar.
 
Semoga dengan perkongsian ini, mahasiswa menjadi pengguna yang bijak & celik mengenai penggunaan ubat, suplemen dan kosmetik yang selamat.

Share Now:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *