Pusat Pengajian Citra Universiti |  Bijaksana untuk Memperkasa

Perkongsian Ikon Sukarelawan di dalam Kursus LMCR1102 Kesukarelawanan & Khidmat Bakt

Perkongsian Ikon Sukarelawan di dalam Kursus LMCR1102 Kesukarelawanan & Khidmat Bakt

8 November 2023
 
Seramai 150 orang pelajar yang mengambil kursus LMCR1102 Kesukarelawanan & Khidmat Bakti daripada 3 Set berbeza telah berkumpul untuk mendengar perkongsian daripada 2 orang Ikon Sukarelawan Belia di Dewan Kuliah DK43.102 TAMS.
 
Kursus ini diajar oleh Dr. Wardah Mustafa Din & Dr Nurul Hanis Aminuddin Jafry, dan merupakan kursus elektif C5 yang ditawarkan untuk mendedahkan pelajar dengan kerja kesukarelawanan & khidmat bakti.
 
Ikon yang telah dijemput khas adalah En. Shakir Mustafa Din yang merupakan Pengurus sebuah NGO Pertubuhan Kebajikan Dapur Pasak, Kuala Lumpur dan seorang bakal graduan Sarjanamuda Sains Citra, Saudari Nur Izzatul Farhah. Kedua-dua Ikon ini berkongsi pengalaman menjalankan kerja-kerja sukarelawan yang efektif & impak terhadap diri mereka.
 
Diharapkan perkongsian daripada pihak NGO dan bakal graduan ini, mampu menyuntik semangat kesukarelawanan dalam diri mahasiswa, seterusnya menjadi panduan kepada mereka untuk menjalankan aktiviti sukarela pada masa akan datang.

Share Now:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *