Pusat Pengajian Citra Universiti |  Bijaksana untuk Memperkasa

Bengkel Pemurniaan Akhir Dokumen Program Doktor Falsafah CITRA-UKM

Bengkel Pemurniaan Akhir Dokumen Program Doktor Falsafah CITRA-UKM

Bengkel Pemurniaan Akhir Dokumen Program Doktor Falsafah Pusat Pengajian Citra Universiti (CITRA-UKM) telah diadakan pada 4 Mac 2024, Kajang Hall, Hotel Park Inn by Radison Putrajaya.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memperhalusi, memperbaiki dan menambah baik dokumen program Doktor Falsafah dengan menambah elemen out of the box pada struktur kurikulum yang dibangunkan, berdasarkan maklum balas mesyuarat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa) yang diadakan pada 27 Februari 2024 yang lalu. Program PhD ini dijangka akan ditawarkan pada Semester 1, Sesi 2024/2025.

Bengkel turut dihadiri YBrs. Prof. Sr Ts. Dr. Adi Irfan Che Ani, Dekan CITRA-UKM yang memberikan kata aluan dan turut hadir sama YBrs. Prof. Madya Dr. Nazri Muslim (Timbalan Dekan, Penyelidikan & Jaringan), YBrs. Dr. Lim Kar Keng, Ketua Program Siswazah dan ahli-ahli Jawatankuasa Siswazah yang lain.

Share Now:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *