Pusat Pengajian Citra Universiti |  Bijaksana untuk Memperkasa

PELAJAR CITRA-UKM DI PROGRAM RAKYATPRENEUR & BANK RAKYAT UNIPRENEUR 2024

PELAJAR CITRA-UKM DI PROGRAM RAKYATPRENEUR & BANK RAKYAT UNIPRENEUR 2024

Dua orang usahawan siswa CITRA-UKM telah menyertai reruai jualan sempena majlis perasmian Program Rakyatpreneur dan Bank Rakyat Unipreneur 2024. Mereka ialah Muhamad Zikry Yusof dan Muhammad Irsyad Mohd. Azhar.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Untuk tahun 2024, UKM telah menerima dana program Bank Rakyat Unipreneur 4.0 sebanyak RM66,000 yang melibatkan 20 orang usahawan pelajar asnaf dan B40. Hadir sama ialah Datuk Mohd. Irwan Mohd. Mubarak, Pengerusi Bank Rakyat serta jemputan khas. UKM telah diwakili oleh Prof. Madya Dr. Mazlina Mohd. Said, Timbalan Pengarah UKM-CESMED. 

Share Now:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *