Pusat Pengajian Citra Universiti |  Bijaksana untuk Memperkasa

CITRA 4

CITRA 4 – Kepimpinan, Keusahawanan & Inovasi

Keperluan kepimpinan, keusahawanan dan inovasi adalah tunjang kepada pembangunan insan yang berdaya menggerakkan diri, keluarga dan masyarakatnya. Justeru, suatu kerangka pendidikan yang berpaksikan kepada pendekatan duniawi dan ukhrawi wajar dilaksana. Melalui pendidikan domain ini, pelajar dapat menjadi pemimpin yang mempunyai sifat-sifat kreatif dan inovatif serta akhirnya Berjaya menjadi penyumbang aktif kepada pembangunan negara. Hasrat domain ini ialah untuk menjana insan yang peka kepada amalan-amalan ihsan dan sejajar pula dengan pembutiran Falsafah Universiti. Atas rasional tersebut maka domain yang memberi focus terhadap ilmu, kemahiran kepimpinan, keusahawanan dan inovasi amatlah penting. Matlamat kursus dalam domain ini adalah untuk membentuk dan melahirkan pelajar yang memiliki sifat seorang pemimpin, memiliki minda keusahawanan dan sentiasa berkebolehan dalam berinovasi. Untuk itu, pengetahuan dan kemahiran kepimpinan, keusahawanan serta berinovasi perlu diterapkan dalam kursus-kursus universiti bagi melahirkan individu yang mampu memimpin komuniti, organisasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa secara berkesan. Domain ini juga perlu merangkumi semua dimensi kognitif, afektif dan psikomotor. Dimensi kognitif merangkumi kursus-kursus yang memperihalkan teori, konsep, model,sifat, amalan dan isu-isu dalam domain. Dimensi afektif pula termasuk kursus-kursus berkaitan dengan kemahiran berkomunikasi, menaakul (reasoning), merancang, menyelesaikan masalah, membuat keputusan, kerjasama berpasukan dan sebagainya. Sementara, dimensi psikomotor pula melibatkan kursus-kursus yang memerlukan pelajar mengaplikasi serta mempamerkan keupayaan kognitif dan afektif mengikut konteks.

 

Hasil Pembelajaran Citra (HPC 4) Kepimpinan, Keusahawanan & Inovasi

I. Berupaya menggunakan teori-teori berkaitan kepimpinan, keusahawanan dan inovasi dalam amalan kerja dan kehidupan seharian. (C3)

II. Berupaya memberi maklumbalas berkaitan kepentingan kepimpinan dalam kehidupan pelajar. (P3)

III. Berupaya untuk menghubungkait pengalaman pembelajaran citra kepimpinan, keusahawanan dan inovasi dalam kehidupan dan profesionalisme. (A4)

 

SENARAI KURSUS CITRA 4

(Senarai Kursus Sedang Dikemaskini)