Pusat Pengajian Citra Universiti |  Bijaksana untuk Memperkasa

AGIHAN KOMPUTER RIBA KEPADA PELAJAR CITRA UKM

AGIHAN KOMPUTER RIBA KEPADA PELAJAR CITRA UKM

Pada 9 Mei 2024, Sebuah Majlis Penyerahan komputer riba telah diadakan bersama Ngo Muslim Care di Pusat Pengajian Citra Universiti. Majlis tersebut diadakan bagi memberi bantuan komputer riba kepada tiga pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Citra yang memerlukan bantuan komputer riba bagi memudahkan sesi pembelajaran mereka. Inisiatif ini telah diusahakan oleh Exco Kebajikan Dan Kerohanian Persatuan Mahasiswa Citra UKM (PESISTRA) pada beberapa bulan yang lepas dan dibantu oleh wakil pelajar Ngo Muslim Care iaitu saudara Muhammad Asyraf Bin Anor, pelajar tahun 2 dari Pusat Pengajian Citra Universiti. Perkara ini telah kami usahakan bersama bagi memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Syukur Alhamdulillah apa yang diusahakan berjalan dengan lancar dan majlis agihan komputer riba telah berjaya dijalankan seperti yang dirancang. Majlis ini juga telah dihadiri oleh DR.DAING ZAIRI BIN MA’RROF iaitu Penolong Dekan Hal-Ehwal Pelajar Dan Alumni bagi samasama memberi penghargaan kepada pihak Ngo Muslim Care yang sudi membantu pelajar Citra yang memerlukan. Diharapkan para pelajar yang menerima bantuan dapat menggunakan komputer riba dengan sebaik mungkin dalam sesi pembelajaran.

Nama penerima:

  • NURAIDA ADRIANA BINTI SAZALI (TAHUN 2 )
  • FARAH NATASHA BINTI ABDULLAH ( TAHUN 1)
  • MUHAMMAD ZIKRY BIN YUSOF ( TAHUN 1 )

Share Now:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *