Pusat Pengajian Citra Universiti |  Bijaksana untuk Memperkasa

Imbas Kembali 2023, Harapan 2024: Citra UKM Di Higher Education English Language Carnival (HE ELCA) 2023

Imbas Kembali 2023, Harapan 2024: Citra UKM Di Higher Education English Language Carnival (HE ELCA) 2023

Seramai 13 pelajar dari Pusat Pengajian Citra Universiti (CITRA UKM), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) di bawah bimbingan pensyarah dan guru bahasa Inggeris CITRA UKM telah menyertai Majlis Penutup HE ELCA 2023 anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Dewan Tuanku Canselor UPSI, Tanjung Malim pada 7 Disember 2023. Majlis penutup telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Norzaini Azman, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

HE ELCA merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi bersama Universiti Awam (UA) terpilih untuk memberi peluang dan galakan kepada pelajar UA menggunakan dan mempertingkatkan kemahiran bahasa Inggeris di luar kelas. Melalui penglibatan dalam pelbagai pertandingan dalam talian dan fizikal, pelajar membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. HE ELCA 2023 telah disertai oleh 1816 pelajar UA.

Dengan kesungguhan dan dedikasi pelajar UKM dan pembimbing di CITRA UKM, diharapkan penyertaan pasukan HE ELCA UKM pada tahun 2024 akan dapat melakar kejayaan dan kecemerlangan buat UKM.

#farewellELCA2023
#citraluarbiasa
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#memartabatkanbahasaMalaysia #memperkukuhkanbahasainggeris

Share Now:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *